Topik diikuti
Pergi ke BHkuSokongan Melayu jelas pendirian teguhkan lagi perpaduan
Premium
Sokongan Melayu jelas pendirian teguhkan lagi perpaduan
Masagos hargai sokongan kuat; cerminan identiti unik masyarakat Melayu S'pura
Sep 15, 2015 | 6:00 AM
Sokongan Melayu jelas pendirian teguhkan lagi perpaduan

MENGHARGAI SOKONGAN: Bakal AP bagi GRC Tampines (dari kiri) Encik Baey Yam Keng, Cik Cheng Li Hui, Encik Heng Swee Keat, Encik Masagos Zulkifli, dan Encik Desmond Choo mengelilingi Tampines bagi mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang telah menyokong mereka. - Foto TAUFIK A. KADER -
KEPUTUSAN pilihan raya yang baru berlalu menunjukkan masyarakat Melayu/Islam bersama masyarakat lain memilih satu haluan tuju untuk bersatu kerana mementingkan masa depan Singapura, menurut Menteri Di Pejabat Perdana Menteri, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Beliau menambah ia bukan satu pilihan semula jadi tetapi merupakan satu keunikan identiti Melayu/Islam Singapura setelah 50 tahun merdeka.
