Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sokongan perlu diberikan kepada mereka yang ada isu kesihatan mental: Presiden Halimah

Jun 6, 2021 | 3:00 PM
Presiden Halimah berkata keluarga dan masyarakat perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada mereka yang mengalami tekanan atau isu kesihatan mental sedang pandemik Covid-19 terus menjejas hidup kita.
Presiden Halimah berkata keluarga dan masyarakat perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada mereka yang mengalami tekanan atau isu kesihatan mental sedang pandemik Covid-19 terus menjejas hidup kita. - Lim Yaohui

Keluarga dan masyarakat perlu memberikan sokongan sepenuhnya kepada mereka yang mengalami tekanan atau isu kesihatan mental sedang pandemik Covid-19 terus menjejas hidup kita, kata Presiden Halimah Yacob.

Menurut beliau, isu kesihatan sekali lagi menjadi tumpuan disebabkan Covid-19 ekoran sekatan atau langkah pengurusan selamat diperkenalkan negara-negara.

Dalam satu catatan pos di Facebook, Puan Halimah menukil contoh juara tenis Grand Slam, Naomi Osaka yang menarik diri daripada Kejohanan Terbuka Tenis Perancis ekoran isu kesihatan mental.

Kata beliau, walaupun itu mungkin satu keputusan yang sukar untuk dibuat di puncak kerjayanya.

"Namun ia satu keputusan yang tepat serta memberi isyarat kuat kepada jutaan orang yang bergelut dengan kesihatan mental bahawa adalah ok untuk meninggalkan sekitaran yang toksik dan bertekanan tinggi, meskipun ia akan menyebabkan anda ketinggalan di belakang buat sementara waktu," ujar Puan Halimah.

Beliau berkata lagi bahawa dalam kalangan mereka yang mengalami isu kesihatan mental, ada mungkin perlukan sokongan sementara, seperti bercakap dengan orang untuk membantu menangani gangguan emosi dan bagaimana untuk menangani tempoh sukar ini.

Ada wanita yang bekerja dari rumah semasa pandemik ini dan harus menangani tanggungjawab menjaga serta tiada batasan jelas, akan merasa kesannya.

"Dalam semua situasi, keluarga dan masyarakat harus menghulurkan sokongan sepenuhnya.

"Kita boleh mengharungi pandemik ini dnegan menunjukkan lebih banyak empati, kepedulian dan kebaikan hati kepada keluarga kita dan orang lain dalam masyarakat," nasihat beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg