Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sokongan tambahan bagi jagaan paliatif

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan tambahan bagi jagaan paliatif

Kapasiti tambahan, subsidi sewa katil, sewa peralatan keperluan pesakit
Mar 19, 2024 | 06:00 PM



Kementerian Kesihatan (MOH) akan meningkatkan kapasiti penjagaan paliatif di rumah sebanyak 50 peratus kepada 3,600 tempat, 300 katil untuk pesakit dan 140 tempat hospis menjelang 2025.

Demikian diumumkan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semasa pembukaan rasmi Hab Jagaan Bersepadu (ICH) Hospital Tan Tock Seng (TTSH) pada 19 Mac.

Sejak pelancaran Strategi Nasional bagi Penjagaan Paliatif yang telah diperbaharui pada Julai 2023, lebih banyak sokongan telah diumumkan.

Antaranya, bagi menyokong keluarga dengan anggota yang ingin menghabiskan hari-hari terakhir mereka di rumah, MOH akan memperkenalkan Skim Penyewaan Peralatan (ERS) untuk menyediakan akses yang berpatutan dan tepat pada masanya kepada peralatan seperti katil hospital dan penumpu oksigen.

Sebanyak $23 juta telah diperuntukkan selama tempoh tiga tahun akan datang untuk ERS, yang akan dilancarkan menjelang Oktober 2024.

Skim itu dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih 12,000 rakyat Singapura di bawah penjagaan paliatif di rumah.

Pesakit di bawah penjagaan paliatif yang layak dengan prognosis setahun atau kurang akan mendapat manfaat daripada subsidi ERS mengikut rangka kerja subsidi penjagaan paliatif yang disemak semula.

Mereka akan menerima sekurang-kurangnya 50 peratus subsidi, tanpa mengira pendapatan isi rumah per kapita bulanan.

Subsidi itu akan digunakan untuk menampung kos sewa peralatan mingguan, bekalan penting dan penghantaran.

Dalam ucapan yang disampaikan semasa kunjungannya ke hab itu, Encik Ong berkata:

“Proses peralihan pesakit yang berada di akhir hidup untuk pindah dari hospital dan menghabiskan hari-hari terakhir mereka di rumah, telah menjalani pemiawaian dan penyeragaman dan ia kini dipanggil ‘pelepasan belas kasihan’.”

MOH juga telah meningkatkan pembiayaan untuk penjagaan pesakit paliatif, penjagaan paliatif di rumah, dan penjagaan hospis harian.

Sejak Februari 2024, had pengeluaran MediSave seumur hidup telah ditiadakan untuk pesakit paliatif di rumah dan hospis harian yang menggunakan MediSave mereka sendiri.

Had tuntutan harian MediShield Life untuk penjagaan paliatif pesakit am juga telah dinaikkan daripada $250 kepada $460, dan daripada $350 kepada $500 untuk penjagaan paliatif pesakit khusus.

Untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai penjagaan paliatif, MOH telah bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) untuk melancarkan kempen ‘Plan Today’.

Terdapat juga usaha berterusan untuk mencetuskan perbincangan mengenai kematian ke dalam masyarakat dan rumah dengan pihak berkepentingan seperti Majlis Hospis Singapura (SHC).

SHC telah melatih lebih 80 duta untuk menyokong penjagaan paliatif dan mewujudkan sistem sokongan sosial bagi membiasakan perbincangan mengenai kematian.

Encik Ong turut mengulas tentang cabaran mendapatkan tenaga kerja yang mencukupi.

“MOH akan terus menyokong pembangunan penjagaan paliatif sebagai kerjaya, dengan memastikan kesediaan latihan, dan gaji untuk penjagaan paliatif profesional berdaya saing.

“Mengenai gaji, MOH baru-baru ini telah menerbitkan garis panduan gaji untuk sektor penjagaan masyarakat, termasuk pekerja penjagaan kesihatan dalam perkhidmatan penjagaan paliatif,” tambah Encik Ong.

Ia kali pertama MOH menerbitkan garis panduan gaji bagi sektor penjagaan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >