Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Sokongan tambahan bagi keluarga pada setiap peringkat hidup

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sokongan tambahan bagi keluarga pada setiap peringkat hidup

Feb 16, 2024 | 09:20 PM



Demi menyokong keluarga di setiap peringkat kehidupan, pemerintah akan memperkenal beberapa bantuan tambahan seperti pengurangan had yuran bulanan di prasekolah yang disokong oleh pemerintah dan Baucar Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (Pasaran Terbuka).

Di samping itu, pakej kemajuan ComLink+ juga akan diperkenalkan untuk menyokong keluarga berpendapatan rendah dengan anak kecil supaya dapat meningkatkan pendidikan prasekolah anak mereka, meraih kestabilan dari segi kewangan dan pekerjaan, dan kemampuan memiliki rumah.

Individu dewasa dalam keluarga pula boleh mendapat bayaran sehingga $600 setiap suku tahun menerusi gabungan bayaran wang tunai dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) jika mereka mendapat kerja dan terus kekal bekerja.

Demikian kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 16 Februari.

Memberi perincian lanjut tentang sokongan tambahan itu, Encik Wong berkata pemerintah akan mengambil langkah berperingkat dalam memastikan prasekolah lebih dimampui penduduk.

Menurutnya, pada peringkat pertama, mulai 2025, yuran bulanan prasekolah yang disokong pemerintah akan dikurangkan dan dihadkan kepada $640 sebulan untuk prasekolah pengendali utama dan $680 sebulan untuk prasekolah pengendali rakan kongsi.

Jumlah ini diturunkan daripada had asal iaitu $680 sebulan di prasekolah pengendali utama dan $720 di prasekolah pengendali rakan kongsi.

Pengurangan had yuran bulanan ini akan dilancarkan di samping subsidi penjagaan anak yang sedia dimanfaatkan oleh semua keluarga.

Pemerintah akan mengurangkan lagi had yuran bulanan ini pada 2026. Namun, butiran lanjut akan diumumkan kelak.

Pada peringkat kedua pula, pemerintah akan meningkatkan subsidi prasekolah sedia ada untuk keluarga berpendapatan rendah, dan akan merangkumi keluarga dengan ibu yang tidak bekerja.

Ia dapat membantu sehingga 17,000 kanak-kanak.

Encik Wong juga menjelaskan pemerintah akan menambah $2 bilion ke dalam Dana Endowmen Edusave memandangkan Kementerian Pendidikan (MOE) kini memberi lebih penekanan pada kecekapan seperti pemikiran mudah suai dan berdaya cipta, kemahiran perhubungan dan kecelikan sivik atau pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam membawa perubahan kepada masyarakat.

Ini adalah bagi membantu anak-anak membangun kecekapan dan nilai yang diperlukan untuk terus bertahan dan maju dalam masa depan yang lebih tidak menentu.

Dalam pada itu, pemerintah telah memperkenalkan Baucar Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (Pasaran Terbuka) untuk keluarga yang layak agar mereka dapat menyewa flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melalui pasaran terbuka selama setahun, sementara menunggu flat Bina Ikut Tempahan (BTO) siap.

Selain itu, Encik Wong juga mengumumkan bahawa pemerintah juga akan menyediakan bantuan untuk keluarga dengan anggota berkeperluan khas atau kurang upaya.

“Kita akur bahawa keluarga dengan kanak-kanak berkeperluan khas menghadapi tekanan pembiayaan yang lebih besar disebabkan kos pendidikan dan penjagaan yang tinggi.

“Biaya di kebanyakan sekolah pendidikan khas (Sped) kekal lebih tinggi daripada sekolah aliran umum oleh kerana kos dasar yang tinggi,” ujar Encik Wong.

Oleh itu, pemerintah akan mengurangkan yuran bulanan maksimum di sekolah Sped daripada $150 kepada $90.

Had yuran di pusat jagaan pelajar istimewa juga akan dikurangkan.

Bagi golongan dewasa yang kurang upaya, sokongan tambahan akan diberi dalam membantu mereka dari segi pekerjaan dan penyepaduan mereka ke dalam masyarakat.

Bengkel terlindung dan pusat kegiatan seharian akan dikembangkan agar mereka dapat menjalani latihan kemahiran. Lebih banyak hab khidmat pengupayaan untuk memberi sokongan masyarakat kepada golongan kurang upaya dan pengasuh mereka juga akan dilancarkan.

“Berikutan kebimbangan terhadap kos sara hidup, kita akan menyediakan rebat cukai pendapatan peribadi (PIT) sebanyak 50% bagi tahun penilaian 2024,” kata Encik Wong.

Ia akan dihadkan pada $200 dan akan menelan belanja sebanyak $350 juta.

Encik Wong berkata: “Kami menerima maklum balas orang awam, pengamal cukai dan juga Anggota Parlimen yang memperjuang isu buruh untuk mempertimbangkan langkah menaikkan had pendapatan bagi anak atau ibu bapa yang ditanggung.”

Mulai tahun penilaian 2025, had pelepasan cukai pendapatan peribadi berkaitan tanggungan akan meningkat kepada $8,000 daripada $4,000 oleh pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >