Premium
Sorotan... ...tertumpu kepada tiga pemimpin 4G
Apr 26, 2018 | 5:30 AM
DIBERI KEPERCAYAAN: Keyakinan dan kepercayaan diberikan kepada (dari kiri) Encik Heng Swee Keat, Encik Chan Chun Sing dan Encik Ong Ye Kung, untuk menggalas tugas yang lebih mencabar, sekaligus menyerlahkan daya kepimpinan mereka untuk meneraju pucuk pimpinan negara. - Foto fail -
TANGGUNGJAWAB tiga pemimpin Generasi Keempat (4G) - Encik Heng Swee Keat, Encik Chan Chun Sing dan Encik Ong Ye Kung - akan memberi peluang kepada mereka untuk didedahkan kepada berbagai tugasan, meluaskan keupayaan dan mempersiapkan diri mengambil alih pemerintah Singapura di masa depan, kata pengamat.
Menurut pengamat yang ditinjau, rombakan Kabinet terkini itu juga menyaksikan keseimbangan yang baik antara barisan menteri lebih mapan dan memegang portfolio penting dengan pemimpin lebih muda yang didedahkan kepada bidang baru.

