Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SOS lancar khidmat mesej bantu mereka yang ingin bunuh diri

Oct 10, 2020 | 1:50 PM
f9d99fa8-d2d4-47ac-a14f-eaf772232c94
-

The Samaritans of Singapore (SOS), pusat yang bertujuan membantu mereka yang ingin bunuh diri dan dalam krisis, telah melancarkan khidmat mesej rasmi bagi individu yang mengalami tekanan. Khidmat tersebut, yang dipanggil SOS Care Text, dilancar pada Hari Kesihatan Mental Dunia pagi Sabtu (10 Oktober), menurut SOS dalam satu kenyataan. Sejak itu, sukarelawan terlatih yang mengendalikan khidmat tersebut telah menerima lebih 1,000 mesej dari individu yang kebanyakannya berusia bawah 30 tahun. Sekitar 73 peratus daripada mereka terdiri daripada wanita. Menurut tinjauan SOS sebelum ini, lebih 61 peratus responden menyatakan khidmat mesej merupakan antara wadah yang dipilih untuk mendapatkan bantuan. "Berbeza dengan wadah komunikasi lain, mesej bukan sahaja senang digunakan, tetapi ia juga memberikan peluang kepada individu yang lebih selesa menulis untuk mendapatkan bantuan emosi secara langsung," menurut kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg