Topik diikuti
Pergi ke BHkuSP Group derma $1.35 juta kepada ITE, tubuh anugerah pengajian kejuruteraan
SP Group derma $1.35 juta kepada ITE, tubuh anugerah pengajian kejuruteraan
SERAMAI 450 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang mengikuti jurusan kejuruteraan di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan menerima sokongan kewangan bulanan bagi tiga tahun akan datang bagi membantu meringankan perbelanjaan mereka.
Ini setelah SP Group menderma $1.35 juta kepada ITE untuk menubuhkan Anugerah Pengajian Kejuruteraan SP Group.
Menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan SP Group dan ITE semalam, inisiatif itu meneruskan sokongan SP Group kepada pelajar kejuruteraan selama ini, seperti menerusi hadiah buku dan pendedahan kerja sebagai sebahagian komitmennya untuk membentuk generasi jurutera dan pegawai teknikal akan datang di Singapura.
Di SP Group, lebih 16 peratus daripada 3,600 kakitangannya adalah bekas pelajar ITE dengan 60 peratus daripada mereka telah melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah, kata kenyataan itu.
Selain anugerah pengajian itu, SP Group akan bekerjasama dengan ITE untuk membolehkan pelajarnya menjalani program kerja-belajar dalam grid kuasa, tenaga mampan, teknologi baru dan pementoran dengan jurutera SP Group yang berpengalaman.
Sejauh ini, SP Group telah menganugerahkan lebih 450 biasiswa pendidikan, tajaan dan hadiah buku berjumlah $10 juta untuk memberi dorongan dan menyamaratakan peluang bagi pelajar yang berminat dalam bidang kejuruteraan.