SINGAPORE Petroleum Co (SPC) telah mengekalkan harga pamnya sejak 6 Mei lalu, satu langkah luar biasa sedang semua pengendali pam lain di sini menaikkan harga seminggu selepas penyesuaian ke bawah terakhir.

Harga pam syarikat milik China itu sebelum diskaun kekal terendah, dengan petrol oktane-98, -95 dan -92 pada $2.33, $1.99 dan $1.95 seliter. Dieselnya berharga $1.64 seliter. Syarikat lain, diketuai oleh Esso pada 18 Mei, telah menaikkan harga menjadi tiga hingga lapan sen seliter lebih tinggi daripada harga SPC. Kenaikan itu dibuat seminggu selepas pemotongan menyeluruh. SPC tidak dapat mengatakan bagaimana ia dapat mengekalkan kadarnya walaupun harga petrol borong telah meningkat sejak akhir bulan lalu, lapor The Straits Times. Perunding industri minyak, Encik Ong Eng Tong, bagaimanapun berkata syarikat milik PetroChina itu dapat menyimpang dari pengendali pam lain kerana ia kini mempunyai sumber bahan bakar langsung sendiri. "Ia tidak lagi bergantung kepada syarikat minyak lain seperti sebelumnya," katanya, sambil menambah sebagai syarikat China, ia ingin menegaskan kehadirannya di antara "syarikat Barat ... lebih-lebih lagi sekarang".