Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPCA tawar ganjaran $1,000 bagi maklumat tentang anak kucing yang ditinggalkan dalam beg di Taman Jurong

Jun 30, 2018 | 3:32 PM
ANIAYA: Anak kucing itu ditemui terperangkap dalam semua beg yang dizip dalam sebuah kotak di sebuah tempat letak kereta di Taman Jurong pada 23 Jun 2018.
ANIAYA: Anak kucing itu ditemui terperangkap dalam semua beg yang dizip dalam sebuah kotak di sebuah tempat letak kereta di Taman Jurong pada 23 Jun 2018. - Foto FACEBOOK/YVONNE TEO

PERSATUAN Cegah Kekejaman Ke Atas Binatang (SPCA) menawarkan ganjaran sebanyak $1,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang penganiayaan seekor anak kucing baru-baru ini.

Anak kucing yang ditemui pengguna Facebook bernama Yvonne Teo itu terperangkap dalam sebuah beg yang dizip dan diletak dalam sebuah kotak di tempat letak kereta di Taman Jurong pada 23 Jun lalu.

Cik Teo yang memuat naik kenyataan tentang kejadian itu di laman Facebook beliau berkata suaminya terdengar bunyi kucing selepas meletak keretanya di tempat letak kereta itu.

Namun, beliau tidak melihat sebarang kucing di kawasan itu.

Selepas mengikut bunyi itu, beliau akhirnya mendapati bunyi itu dari sebuah kotak yang mengandungi beg dengan seekor anak kucing di dalamnya.

Cik Teo turut memaklumkan tentang kejadian itu kepada Persatuan Kebajikan Kucing (CWS).

SPCA berkata kucing itu ditemui di Blok 175 Yung Kuang Road sekitar 11 malam oleh Cik Teo dan keluarganya.

Kucing itu kini dijaga seorang penduduk di kawasan tersebut.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu boleh menghubungi talian 24 jam SPCA di 6287-5355 atau e-mel kepada inspector@spca.org.sg.

Semua maklumat yang dikongsi akan dirahsiakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg