Topik diikuti
Pergi ke BHkuSpeaker Parlimen gesa AP elak perpecahan, polarisasi, populisme
Krisis luar biasa adakala perlukan AP pemerintah, pembangkang ambil keputusan sukar, tidak popular
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Aug 25, 2020 | 5:30 AM
ANGGOTA Parlimen (AP) dari parti memerintah dan pembangkang harus berusaha mencapai matlamat bersama dalam berkhidmat kepada Singapura dan rakyat, dengan mengambil keputusan sukar dan tidak popular di tengah-tengah krisis luar biasa sekarang, kata Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.
Bercakap setelah dipilih semula sebagai Speaker Parlimen ketika pembukaan sidang Parlimen ke-14 semalam, Encik Tan berkata para AP perlu berhati-hati agar tidak mudah terjerumus dalam perpecahan dan polarisasi, populisme dan bersikap jangka pendek.
