Akur penting tambah pengetahuan selaras dengan dunia yang kian berubah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Akur penting tambah pengetahuan selaras dengan dunia yang kian berubah

Tahun ini, 258 pegawai Home Team dianugerahkan Biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Tajaan untuk melanjutkan pengajian dalam kursusnya yang dilancar dan dibangunkan SUSS dengan sokongan MHA. Seramai 225 daripada mereka akan menyambung pelajaran pada peringkat sarjana muda, sementara 33 lagi akan menyambung pengajian pada peringkat pascasiswazah. Seramai 10 pegawai juga menerima Hadiah Buku MHA. BERITA HARIAN berpeluang menemu bual tiga pegawai daripada agensi berlainan baru-baru ini. Ikuti laporan ini.
Aug 2, 2021 | 5:30 AM

Akur penting tambah pengetahuan selaras dengan dunia yang kian berubah

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MENCAPAI IMPIAN: Setelah memohon bagi mendapatkan Biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Encik Muhammad Andi Sufian Mohd Shah melahirkan rasa syukur diberi peluang meeruskan pelajarannya di SUSS tahun ini. - Foto MHA
MENCAPAI IMPIAN: Setelah memohon bagi mendapatkan Biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Encik Muhammad Andi Sufian Mohd Shah melahirkan rasa syukur diberi peluang meeruskan pelajarannya di SUSS tahun ini. - Foto MHA -

GENGGAM bara api biar sampai jadi arang.

Itulah prinsip yang dipegang teguh Encik Muhammad Andi Sufian Mohd Shah demi menjadikan impiannya dapat melanjutkan pelajaran satu kenyataan.

Walaupun mengalami kesempitan wang dan terpaksa memulakan kerjayanya demi membantu ibu bapa menyara keluarga lima beranak itu, Encik Andi tidak pernah berputus asa mencari jalan lain bagi mencapai impian itu.

Baru-baru ini, sarjan kakitangan kanan Pasukan Polis Singapura (SPF) itu dianugerahkan Biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Tajaan untuk melanjutkan pengajian dalam kursusnya yang dilancar dan dibangunkan SUSS dengan sokongan MHA.

Melahirkan rasa syukur, Encik Andi berkata beliau tidak sangka diberi peluang ini.

Menurutnya, sebelum ini beliau pernah membuat permohonan bagi mendapatkan biasiswa ini pada 2018 dan 2019, namun hanya berjaya meraih tajaan ini pada kali ketiga selepas membuat pemohonan tahun lalu.

"Saya terkejut dan berbesar hati menerima anugerah ini.

"Bagi saya kalau sesuatu itu baik untuk saya, saya akan melakukan apa saja untuk mencapainya.

"Apabila pemohonan saya ditolak dua kali berturut-turut, memang saya rasa sedih dan menimbulkan keraguan diri.

"Namun, saya tidak membenarkan penolakan itu menentukan nilai diri saya. Malah, saya berusaha lebih keras untuk memperbaiki diri, terutama dari segi kecekapan operasi dan kepemimpinan," katanya yang berusia 33 tahun.

Dengan keadaan iklim keselamatan di dunia yang berubah, Encik Andi menjelaskan bahawa semakin penting bagi pegawai polis sepertinya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan supaya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan ini.

Katanya, dengan melakukan demikian, mereka dapat terus merangka dasar yang lebih baik agar tetap relevan untuk melindungi negara kita.

"Saya percaya pengalaman di universiti ini akan memberi perspektif berlainan yang akan membolehkan saya menyumbang kepada idea baru serta merasionalisasi proses keputusan pembuat dasar dalam SPF dengan lebih baik.

"Saya sangat berminat dengan modul intervensi psikososial dalam kursus ini kerana berinteraksi dengan orang yang mempunyai masalah kesihatan mental adalah salah satu bahagian yang agak mencabar untuk ditangani di barisan hadapan.

"Saya bersemangat mahu memahami perasaan dan tingkah laku orang, serta bagaimana kita dapat menolong mereka dapat memberi kesan kepada orang-orang ini dalam jangka masa panjang," ujar Encik Andi yang merupakan pegawai Tindak Balas (Ground Response Force Officer), divisyen 'A'.

Menunggu kedatangan cahaya mata pertamanya tidak lama lagi, Encik Andi menjangkakan beliau akan menghadapi cabaran dengan membahagikan masanya sebagai ayah baru serta menghabiskan kerja sekolahnya.

Namun, beliau berkata ia tidak akan menghalangnya menunjukkan prestasi yang baik di sekolah.

"Akibat pandemik Covid-19 kebanyakan kelas saya dijalankan dalam talian, jadi ia mengurangkan masa yang diperlukan untuk ke sekolah dan kembali ke rumah. Ini akan menjimatkan masa saya.

"Tetapi yang paling penting adalah sokongan dan keyakinan daripada keluarga saya yang akan mendorong saya menghadapi cabaran-cabaran ini.

"Mereka adalah sebab utama saya bertekad dan terus maju dalam kehidupan," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg