SPH bawa ceria kepada warga berusia sempena Tahun Baru Cina

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPH bawa ceria kepada warga berusia sempena Tahun Baru Cina

Feb 11, 2021 | 5:30 AM

SPH bawa ceria kepada warga berusia sempena Tahun Baru Cina

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
HABUAN PERAYAAN: Cik Goh Choo Lee bersama barangan yang diterima daripada kakitangan relawan Singapore Press Holdings kelmarin. Seramai 120 warga emas yang memerlukan di estet perumahan Toa Payoh menerima habuan sempena perayaan Tahun Baru Cina. - Foto BH oleh YONG LI XUAN
HABUAN PERAYAAN: Cik Goh Choo Lee bersama barangan yang diterima daripada kakitangan relawan Singapore Press Holdings kelmarin. Seramai 120 warga emas yang memerlukan di estet perumahan Toa Payoh menerima habuan sempena perayaan Tahun Baru Cina. - Foto BH oleh YONG LI XUAN -

`CIK Goh Choo Lee, ibu titipan tiga remaja, menerima barangan keperluan, angpau dan limau daripada relawan kakitangan Singapore Press Holdings (SPH) kelmarin, menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Warga emas berusia 80 tahun itu berkata:

"Barang-barang ini datang pada masa yang sangat baik. Saya dapat menjimatkan wang pada Tahun Baru Cina ini, kerana saya tidak perlu membeli barang seperti kopi, beras dan makanan ringan."

Cik Goh antara 120 penduduk warga emas yang memerlukan di estet perumahan Toa Payoh, Mereka menerima beg habuan, limau dan angpau kelmarin, lapor The Straits Times.

Beg itu berisi barangan seperti beras, bihun, kopi segera, peralatan mandian, pelitup dan cecair pensanitasi tangan yang disumbangkan oleh penaja dan kakitangan SPH.

Pemberian beg habuan itu sebahagian daripada inisiatif 'SPH Cares with Bags of Love', satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Relawan Kakitangan (SVC).

SVC bekerjasama dengan Pusat Kegiatan Warga Emas Care Corner di Toa Payoh tahun ini.

Ini tahun ketiga berturut-turut SPH bekerjasama dengan Care Corner Singapore, sebuah badan bukan mencari keuntungan yang menyediakan perkhidmatan sosial kepada keluarga memerlukan, remaja berisiko, warga emas yang keseorangan, dan kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah atau berkeperluan khas.

Cik Dass Rose, 74 tahun, seorang pegawai pemasaran sambilan yang tinggal bersendirian, juga merupakan penerima beg habuan itu.

Beliau berkata bahan makanan boleh menjadi agak mahal untuknya, memandangkan keadaan kewangannya, dan beliau berterima kasih di atas sumbangan barangan keperluan itu.

Cik Tan Poh Ling, 43 tahun, adalah antara 24 sukarelawan dari SVC yang menghantar beg habuan tersebut.

"Saya agak gementar kerana ini adalah aktiviti pertama saya bersama kelab. Tetapi apabila saya mendengar salah seorang warga emas meluahkan rasa terima kasih setelah menerima beg ini daripada kami, saya rasa gembira," katanya.

Kelab itu memulakan daya usaha tahunannya itu pada 2016 dengan tujuan menyebarkan kegembiraan dan keceriaan hari perayaan kepada warga tua yang menghadapi cabaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg