Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPH belanja $3j sokong penghantaran akhbar ke rumah

Feb 7, 2025 | 7:59 PM
Pihak pengurusan SPH Media termasuk Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM), Encik Wong Wei Kong (lima dari kiri, mengikut putaran jam), Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chan Yeng Kit (kiri Encik Wong) dan Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan sertai kakitangan SPH lain melambung lo hei pada majlis makan malam dan anugerah tahunan Kumpulan Media Cina SPH, sempena Tahun Baru Cina, pada 7 Februari 2025.
Pihak pengurusan SPH Media termasuk Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM), Encik Wong Wei Kong (lima dari kiri, mengikut putaran jam), Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chan Yeng Kit (kiri Encik Wong) dan Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan sertai kakitangan SPH lain melambung lo hei pada majlis makan malam dan anugerah tahunan Kumpulan Media Cina SPH, sempena Tahun Baru Cina, pada 7 Februari 2025. - Foto ZAOBAO

SPH Media akan membelanjakan $3 juta pada tahun kewangan ini untuk membiayai subsidi bulanan bagi menyokong penghantaran surat khabar.

Ini di tengah-tengah peningkatan kos penghantaran dengan tenaga kerja yang semakin berkurangan serta peralihan ke langganan digital.

Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media, Encik Chan Yeng Kit membuat pengumuman itu di majlis makan malam dan anugerah tahunan Kumpulan Media Cina SPH, sempena Tahun Baru Cina, pada 7 Februari 2025.

Untuk menyampaikan penghargaan kepada rakan kongsi, pembekal, dan pengiklan SPH, Encik Chan dalam ucapannya menekankan peranan penting para vendor, yang beliau sifatkan sebagai wira tidak didendang.

“Saya sebut mereka sebagai wira tidak didendang kerana mereka melakukan semua tugas itu ketika kita semua sedang tidur. Dalam hening pagi, sebelum subuh, mereka sudah menghantar akhbar kepada pembaca... ia bukan tugas yang mudah,” ujarnya.

Peningkatan kos penghantaran pula disebabkan beberapa faktor - ia memerlukan tenaga kerja yang besar tetapi pada masa yang sama kadar pusing ganti dalam industri itu juga tinggi.

Encik Chan akur tugas tersebut bukanlah sesuatu yang suka dilakukan warga Singapura.

Tambahan pula, langganan akhbar cetak semakin berkurang sedang pembaca beralih ke akhbar digital.

“Kami akan ketepikan $3 juta bagi tahun kewangan ini, bagi subsidi bulanan, untuk menyokong penghantaran akhbar ke rumah pembaca kami.

“Kami akan terus menyemak apa yang diperlukan dan kami akan terus menyokong vendor dan rakan kongsi kami,” tambah Encik Chan.

Ketua Editor Kumpulan Media Cina di SPH Media, Cik Lee Huay Leng, turut menyampaikan ucapan pada majlis yang diadakan di Auditorium SPH.

Dalam ucapannya, beliau berkongsi data mengenai jumlah pengunjung ke laman web akhbar berbahasa Mandarin, zaobao.com, sempena pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 6 November 2024.

Menurut Cik Lee, jumlah tersebut meningkat empat kali ganda berbanding tahap puncak biasa.

“Pada minggu sebelum 6 November, trafik harian mencecah sekitar 6 juta, menunjukkan peningkatan daripada minggu sebelumnya. Namun, pada 6 November sendiri, jumlah trafik melonjak kepada 18.5 juta,” katanya.

“Pada hari yang sama, halaman khas di zaobao.sg yang merangkumi pilihan raya presiden itu menyaksikan trafik lebih 10 kali ganda daripada kemuncak sejarahnya. Zaobao.sg, yang memberi perkhidmatan kepada pengguna di luar Singapura dan China secara global, turut menyaksikan keseluruhan trafiknya meningkat daripada lebih 2 juta seminggu sebelum ini kepada 3.8 juta pada 6 November,” kongsi beliau.

Ini menyerlahkan potensi akhbar tersebut, tambahnya sambil berkata:

“Dengan membina kredibiliti dan jenama yang kukuh, dengan pasukan berita Zaobao Antarabangsa sebagai pemacu utama dan kerjasama rapat dengan jabatan lain, kami menyediakan pembaca dengan kandungan yang tepat pada masanya, tepat dan mudah dihadam.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg