Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPH kini tawar aplikasi penstriman baru, Awedio

Apr 21, 2021 | 5:30 AM
SEMUA DALAM SATU: Aplikasi Awedio membolehkan pengguna mendengar rancangan radio dan podcast terbitan SPH termasuk #NOTAPIS oleh Berita Harian. - Foto ZAOBAO dan BH
SEMUA DALAM SATU: Aplikasi Awedio membolehkan pengguna mendengar rancangan radio dan podcast terbitan SPH termasuk #NOTAPIS oleh Berita Harian. - Foto ZAOBAO dan BH -

PENDENGAR podcast #NoTapis yang diterbitkan akhbar ini kini boleh mendengarnya menerusi aplikasi penstriman baru percuma.

Aplikasi Awedio yang diterbitkan Singapore Press Holdings (SPH) itu juga membolehkan pengguna mendengar rancangan radio dan kandungan ekslusif tambahan.

Awedio kini boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play.

Pengguna boleh menggunakannya untuk mendengar siaran langsung dari stesen radio SPH seperti Money FM 89.3, ONE FM 91.3, Kiss92 FM, 96.3 Hao FM dan UFM 100.3.

Mereka juga boleh mendengar semula rancangan tertentu jika terlepas didengar secara langsung.

Pendengar juga boleh mendengar podcast terbitan akhbar SPH, seperti #NoTapis, Mark To Market oleh The Businesss Times (BT) dan ST Sports Talk oleh The Straits Times (ST)

Selain itu, Awedio akan menampilkan podcast eksklusif yang menyentuh pelbagai topik, daripada kesihatan dan hiburan kepada jenayah dan fenomena luar biasa.

Ada juga podcast untuk kanakkanak, seperti The Land Before Bedtime, yang menyajikan cereka masa tidur yang dibacakan oleh personaliti radio seperti Tim Oh, Carol Smith, Desiree Lai, Angelique Teo dan Charmaine Phua.

"Ciri baru ini signifikan kerana bilangan mereka yang mendengar podcast SPH Radio telah meningkat dua ganda pada 2020, yang menunjukkan jumlah pendengar yang bertambah yang bukan sahaja berminat kepada program radio linear (tradisional) malah kandungan audio mengikut permintaan," kata SPH dalam kenyataan media.

SPH berkata aplikasi itu mempunyai ciri-ciri utama berikut: mengumpulkan podcast secara bijak supaya mudah dicari; notifikasi apabila rancangan radio tertentu bermula atau apabila podcast baru diterbitkan; serta keupayaan muat turun podcast.

Lebih banyak ciri akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang, seperti wadah mesej dalam-aplikasi, serta untuk menyaksikan penstriman siaran langsung dari Facebook.

Pengurus besar SPH Radio Encik Sim Hong Huat berkata:

"Pandemik ini telah menaikkan semula penggunaan kandungan digital dan rasa bangga terhadap negara dan Awedio bukan sahaja menampilkan budaya setempat malah menawarkan kandungan audio digital yang amat condong kepada sumber setempat."

"Pasukan ini sentiasa mencari cara baru untuk memperkaya pengalaman pengguna dan akan terus memberi nilai kepada pangkalan pendengar dan pengiklan yang menyokong kami."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg