SPH, peneraju The Real Singapore capai penyelesaian di luar mahkamah
Premium
SPH, peneraju The Real Singapore capai penyelesaian di luar mahkamah
Jan 14, 2016 | 5:30 AM
AKUI KESALAHAN: Ai Takagi (dalam gambar bersama Yang Kaiheng) akur dan mengakui - sebagai pemaju, pengendali, editor, moderator, pentadbir dan pengurus laman web The Real Singapore - bahawa kandungan berita yang dimiliki oleh Singapore Press Holdings Ltd (SPH) diterbitkan semula dan sebahagian besarnya diterbitkan semula di laman webnya tanpa kelulusan SPH. - Foto fail THE STRAITS TIMES -
SYARIKAT media Singapore Press Holdings Ltd (SPH) serta dua orang yang menerajui laman sosiopolitik The Real Singapore (TRS) yang kini tidak lagi berfungsi telah mencapai penyelesaian di luar mahkamah kes saman pelanggaran hak cipta, kata SPH semalam.
Pada Mei tahun lalu kumpulan media yang disenaraikan di Singapura itu telah memfailkan kes saman terhadap warga Singapura, Yang Kaiheng, 27 tahun, dan warga Australia, Ai Takagi, 22 tahun.

