Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPH, Yayasan SPH akan derma lebih dari $367,000 bagi amal tahun ini

Oct 7, 2021 | 4:16 PM
SPH, Yayasan SPH akan derma lebih dari $367,000 bagi amal tahun ini. - Foto KUA CHEE SIONG
SPH, Yayasan SPH akan derma lebih dari $367,000 bagi amal tahun ini. - Foto KUA CHEE SIONG -

SINGAPORE Press Holdings (SPH) dan Yayasan SPH akan menderma lebih $367,000 bagi amal tahun ini, dengan $200,000 akan diberikan kepada 20 agensi perkhidmatan sosial yang disokong Community Chest.

Jumlah yang didermakan Yayasan SPH itu akan membolehkan agensi-agensi terus menyampaikan program kritikal kepada warga emas dan keluarga yang memerlukan sokongan, kanak-kanak berkeperluan khas dan belia berisiko, menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (7 Okt).

Lagi $100,000 yang turut didermakan yayasan tersebut menyokong Skim Bantuan Kewangan Pendidikan Khas, yang memberikan bantuan kewangan kepada pelajar warga Singapura dari keluarga berpendapatan rendah yang belajar di sekolah pendidikan khas.

Baki wang akan diagihkan kepada dana SPH lain yang menyokong keperluan kanak-kanak kurang berkemampuan.

$50,000 akan diberikan kepada Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) pada 8 Oktober sempena Hari Kanak-kanak.

Dana tersebut membantu sekitar 10,000 pelajar sekolah rendah, menengah dan pasca-menengah daripada keluarga berpendapatan rendah.

Dalam kenyataan tersebut, pengerusi SPH dan Yayasan SPH, Dr Lee Boon Yang berkata:

"Ramai golongan terdedah dalam masyarakat terus berdepan dengan gangguan dalam kehidupan mereka akibat pandemik.

"Melakukan kebaikan tetap menjadi sebahagian DNA SPH dan menjadi harapan kami untuk melakukan yang terbaik untuk meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik, tidak kira apa pun keadaannya."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg