Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Spring Singapore nasihat usah guna beberapa hob dapur gas kaca Electrolux

Jan 6, 2017 | 10:31 AM
Logo Electrolux.
Logo Electrolux. - GAMBAR REUTERS

BERHENTI gunakan hob dapur gas kaca Electrolux dengan nombor model EGT9637CKP, EGT7637EGP, EGT7637CKP dan EGT7627CKP, yang menggunakan gas bandar.

Nasihat ini dikeluarkan Spring Singapore pada Jumaat (6 Jan) menyusuli kejadian kaca dapur gas itu pecah dan letupan kecil.

Kejadian itu berlaku semasa hob dapur gas kaca tersebut, yang dijual daripada 2014 hingga 2016, digunakan.

"Dalam satu kes, ia menyebabkan pengguna melecur akibat kejadian itu."

Perkara ini sedang disiasat Spring.

"Pengguna dinasihatkan supaya berhenti menggunakan model terjejas yang dibekalkan oleh Electrolux S.E.A Pte Ltd dengan segera."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg