Ingin pertingkat kemampuan sokong bekas pesalah sesuaikan diri dalam masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ingin pertingkat kemampuan sokong bekas pesalah sesuaikan diri dalam masyarakat

Tahun ini, 258 pegawai Home Team dianugerahkan Biasiswa Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Tajaan untuk melanjutkan pengajian dalam kursusnya yang dilancar dan dibangunkan SUSS dengan sokongan MHA. Seramai 225 daripada mereka akan menyambung pelajaran pada peringkat sarjana muda, sementara 33 lagi akan menyambung pengajian pada peringkat pascasiswazah. Seramai 10 pegawai juga menerima Hadiah Buku MHA. BERITA HARIAN berpeluang menemu bual tiga pegawai daripada agensi berlainan baru-baru ini. Ikuti laporan ini.
Aug 2, 2021 | 5:30 AM

Ingin pertingkat kemampuan sokong bekas pesalah sesuaikan diri dalam masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
TIDAK KIRA USIA: Memahami keperluan untuk memperdalam pengetahuannya dalam bidang seperti psikologi dan sosiologi, Encik Mohammad Zailan Ismail baru-baru ini kembali ke sekolah pada usia 39 tahun untuk melanjutkan pendidikannya dalam Sarjana Muda Keselamatan Awam dan Sekuriti di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS). - Foto SPS
TIDAK KIRA USIA: Memahami keperluan untuk memperdalam pengetahuannya dalam bidang seperti psikologi dan sosiologi, Encik Mohammad Zailan Ismail baru-baru ini kembali ke sekolah pada usia 39 tahun untuk melanjutkan pendidikannya dalam Sarjana Muda Keselamatan Awam dan Sekuriti di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS). - Foto SPS -

MEMPUNYAI minat dalam pekerjaan keselamatan dan pemulihan, Ketua Warden 2 Mohammad Zailan Ismail berbangga dengan tugasnya di Komand Pemulihan Masyarakat (COMC) di Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Namun, ketika membantu menyokong banduan dalam penyatuan semula dalam masyarakat sebagai pegawai penyatuan semula, Encik Zailan berkongsi kepentingan baginya meningkatkan kemahirannya supaya dapat menjalankan tugasnya dengan lebih baik.

Memahami keperluan memperdalam pengetahuan dalam bidang seperti psikologi dan sosiologi, Encik Zailan baru-baru ini kembali ke sekolah pada usia 39 tahun dengan melanjutkan pendidikannya bagi Sarjana Muda Keselamatan Awam dan Sekuriti di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Dalam satu panggilan video bersama Encik Zailan, beliau melahirkan perasaan gembira dianugerahkan Biasiswa MHA dan Tajaan untuk melanjutkan pengajian dalam kursusnya.

"Saya berasa sangat gembira diberi peluang melanjutkan pelajaran.

"Memang dari dulu lagi, saya berniat mahu terus belajar, tetapi dengan anak-anak saya dan tanggungjawab saya dari segi kewangan dalam keluarga, saya tidak dapat melakukannya.

"Ia seperti impian yang menjadi kenyataan bagi saya apabila dianugerahkan biasiswa ini," jelas bapa empat orang anak itu.

Ghairah mahu kembali ke sekolah, Encik Zailan berkata ini merupakan kali pertama beliau ke sekolah setelah 15 tahun.

Namun begitu, beliau berkongsi bahawa tetap penting baginya meluaskan pengetahuan supaya dapat melakukan kerjanya dengan lebih baik.

"Meskipun saya sudah bekerja dalam bidang ini selama 15 tahun, saya rasa ia amat penting untuk terus meningkatkan pengetahuan saya kerana dunia ini dinamik.

"Saya ingin memperdalam lagi pengetahuan saya dan memahami landskap pemulihan dan pembetulan ini.

"Saya rasa ijazah sarjana muda ini merupakan langkah seterusnya dalam meningkatkan kemampuan saya menyokong bekas pesalah ini supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat serta memastikan mereka tidak akan melakukan kesalahan lagi," jelasnya.

Antara perkara yang beliau tidak sabar mahu mempelajari termasuk mata pelajaran minor intervensi psikologi yang menawarkan modul seperti kaunseling serta bagaimana beliau dapat menyokong keluarga dengan masalah.

Memulakan perjalanannya sebagai pelajar sepenuh masa sejak pertengahan Julai tahun ini, Encik Zailan menambah bahawa beliau juga ingin menjadi contoh kepada anak-anaknya.

"Kadangkala, ketika anak sulung saya belajar, saya juga turut melakukan kerja sekolah saya bersama.

"Dengan langkah ini, saya ingin menjadi contoh teladan baginya. Pembelajaran ini tidak berhenti walaupun saya sudah dewasa.

"Selain itu, setelah tamat pengajian ini, saya berharap dapat menyampaikan pengetahuan yang baru kepada mereka yang memerlukan apabila saya terus berkhidmat di SPS," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg