Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura, Afrika Selatan perkukuh kerjasama ekonomi dua hala

Jul 7, 2022 | 5:30 AM
PERERAT HUBUNGAN DUA HALA: Menteri Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan, Dr Naledi Pandor, mengunjungi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana semasa lawatan rasmi dua harinya ke Singapura yang berakhir semalam. - Foto MCI
PERERAT HUBUNGAN DUA HALA: Menteri Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan, Dr Naledi Pandor, mengunjungi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana semasa lawatan rasmi dua harinya ke Singapura yang berakhir semalam. - Foto MCI -

MENTERI Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan, Dr Naledi Pandor, berada di Singapura bagi lawatan rasmi dua hari yang berakhir semalam.

Dr Pandor telah mengunjungi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana semalam dan dijamu sarapan oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pagi semalam.

Encik Lee dan Dr Pandor mengesahkan semula hubungan mesra antara Singapura dengan Afrika Selatan.

Mereka membincangkan bidang kepentingan bersama di mana kedua-dua negara boleh perkukuhkan lagi kerjasama ekonomi dua hala.

Dr Pandor turut mengongsi pandangannya tentang perkembangan di Afrika Selatan dan rantau ini.

Dr Balakrishnan dan Dr Pandor mengadakan perbincangan yang baik mengenai kerjasama dua hala, termasuk perdagangan dan pelaburan, serta pembangunan kapasiti.

Mereka bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara, dan bahawa kedua-dua pihak harus terus bekerjasama rapat untuk manfaat bersama.

Dr Pandor berlepas dari Singapura ke Bali, Indonesia petang semalam untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Luar G20.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg