S'pura alu-alu gencatan senjata Israel-Hamas, derma $133,000

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura alu-alu gencatan senjata Israel-Hamas, derma $133,000

May 22, 2021 | 5:30 AM

S'pura alu-alu gencatan senjata Israel-Hamas, derma $133,000

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
85a2e31d-b909-4057-a3ca-878c5456eeb5
-

SINGAPURA mengalu-alukan gencatan senjata di Gaza yang diumumkan oleh pemerintah Israel dan Hamas kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataanya semalam.

Pemerintah juga akan mendermakan AS$100,000 ($133,000) kepada Persatuan Palang Merah Singapura untuk digunakan sebagai wang permulaan untuk melancarkan usaha mengumpulkan dana bagi menyediakan bekalan bantuan segara, kata MFA.

"Kami menggesa semua pihak yang berkepentingan supaya membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar dengan segera dan tanpa sekatan kepada penduduk awam yang terjejas," kata MFA lagi.

Ia juga menggesa semua pihak yang terlibat dalam konflik supaya patuh sepenuhnya kepada gencatan senjata supaya memutus litar keganasan dan mengelak kehilangan nyawa awam yang berterusan.

Menambah, MFA berkata:

"Kami menyampaikan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan orang tercinta di kededua pihak dan berharap mereka yang cedera akan pulih sepenuhnya."

Laporan lanjut :

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg