Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura alu-alu pelan damai

Sep 30, 2025 | 6:40 PM
Singapura telah meminta Hamas untuk menerima cadangan bagi menamatkan perang di Gaza.
Singapura telah meminta Hamas untuk menerima cadangan bagi menamatkan perang di Gaza. - Foto AFP

Singapura mengalu-alukan rancangan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, untuk menamatkan konflik di Gaza, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Dalam satu kenyataan pada 30 September, jurucakap MFA berkata Singapura telah meminta Hamas menerima cadangan untuk menamatkan perang di Gaza, sambil menambah Republik ini menyokong gencatan senjata segera, pembebasan segera semua tebusan yang masih ada dan peningkatan bantuan kemanusiaan untuk orang awam Palestin.

Singapura juga mengalu-alukan inisiatif Encik Trump untuk mewujudkan dialog antara Israel dan Palestin bagi mendapatkan persetujuan mengenai pelan politik bagi kewujudan bersama secara aman, menurut laporan The Straits Times.

“Kami percaya penyelesaian dua negara yang dirundingkan, selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan, adalah satu-satunya laluan yang berdaya maju untuk mencapai penyelesaian yang menyeluruh, adil dan bertahan kepada konflik Israel-Palestin,” tambah jurucakap itu.

Encik Trump dan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, pada 29 September, telah bersetuju dengan pelan 20 perkara untuk menamatkan perang dua tahun di Gaza.

Beberapa pemimpin dari Timur Tengah dan negara majoriti Islam menyatakan sokongan terhadap rancangan itu.

Namun, cadangan itu, yang memberi mandat Hamas tidak mempunyai peranan dalam masa depan Gaza, mesti diterima oleh kumpulan militan tersebut, yang perlu bersetuju dengan konsesi yang besar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg