Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura alu-alu usaha perkukuh kerjasama ekonomi, kesihatan awam dengan Jepun: PM Lee

May 25, 2021 | 8:16 PM
LAMBANG KEINDAHAN JEPUN: Paparan sakura di Gardens By The Bay dimuatnaikkan ke Facebook Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong sebagai lambang negara Jepun tatkala berkongsi inti panggilan telefonnya kepada Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga. - Foto petikan ENCIK LEE HSIEN LOONG/FACEBOOK LEE HSIEN LOONG
LAMBANG KEINDAHAN JEPUN: Paparan sakura di Gardens By The Bay dimuatnaikkan ke Facebook Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong sebagai lambang negara Jepun tatkala berkongsi inti panggilan telefonnya kepada Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga. - Foto petikan ENCIK LEE HSIEN LOONG/FACEBOOK LEE HSIEN LOONG -

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah mengundang Perdana Menteri Jepun, Encik Yoshihide Suga, untuk mengunjungi Singapura apabila keadaan Covid-19 di sini membenarkan.

Ini adalah memandangkan Dialog Shangri-La yang sepatutnya diadakan di sini pada 4 dan 5 Jun dan mengetengahkan Encik Suga sebagai penyampai ucapan dasar terpaksa dibatalkan sebagai langkah keselamatan dalam tempoh pandemik Covid-19.

Encik Lee telah menyampaikan hasratnya mengundang Encik Suga ke sini dalam satu panggilan telefon pada Selasa (25 Mei).

Ini dikongsi beliau di Facebook.

Ia turut dimaklumkan dalam satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Selasa.

Menurut kenyataan MFA, kedua-dua perdana menteri akur sekali lagi pada hubungan sangat baik antara Singapura dan Jepun.

Perdana Menteri Lee berkata Singapura mengalu-alukan usaha mendalami kerjasama ekonomi dan kesihatan awam bersama Jepun bagi menyokong pemulihan pasca Covid-19 oleh kedua-dua negara termasuk di dalam aspek seperti pengesahan bersama sijil kesihatan.

Mengenai ketetapan import makanan Singapura yang menetapkan import dari Fukushima melalui ujian praeksport dan Sijil Asalan, Singapura berpuas hati dengan hasil pengawasan keselamatan makanan dan akan mengangkat ketetapan itu.

Kedua-dua Perdana Menteri, jelas MFA, bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan serantau dan antarabangsa menerusi panggilan telefon tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg