Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura bakal sertai mesyuarat G20 tangani isu iklim dan tenaga

Jul 22, 2021 | 5:30 AM
DR AMY KHOR: Bakal mewakili Singapura untuk Mesyuarat Peringkat Menteri Bersama Tenaga dan Iklim G20 di Naples, Italy dari 21 Julai hingga 24 Julai. - Foto fail
DR AMY KHOR: Bakal mewakili Singapura untuk Mesyuarat Peringkat Menteri Bersama Tenaga dan Iklim G20 di Naples, Italy dari 21 Julai hingga 24 Julai. - Foto fail -

MENTERI Negara Kanan bagi Kemampanan dan Sekitaran, Cik Amy Khor akan mewakili Singapura dalam satu Mesyuarat Peringkat Menteri Bersama Tenaga dan Iklim G20 di Naples, Italy.

Beliau akan membuat lawatan ke sana daripada 21 Julai hingga 24 Julai.

Ini merupakan kali pertama kumpulan negara G20 akan bertemu dalam satu mesyuarat peringkat menteri untuk membincangkan kerjasama dalam sektor iklim dan tenaga, sekaligus mencerminkan keperluan mendesak untuk menangani isu penghangatan global dan tenaga, menurut kenyataan oleh Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), semalam.

Penyertaan Singapura dalam mesyuarat ini sebagai negara tetamu adalah di atas undangan Italy, yang memegang jawatan presiden G20 tahun ini.

Menurut kenyataan itu, dalam mesyuarat itu nanti, para menteri akan membincangkan tentang Communiqué Peringkat Menteri Sekitaran G20, yang menggariskan peri pentingnya, antara lain perlindungan alam dan pemuliharaan semula sistem eko serta kewangan mesra alam.

Topik yang dibincangkan termasuk bandar bijak, berdaya tahan dan mampan, pemulihan yang mapan dan peralihan tenaga bersih.

"Singapura ghairah untuk memberi sumbangan kepada perbincangan G20 mengenai isu-isu sekitaran dan iklim yang mendesak yang dihadapi oleh masyarakat global hari," tambah kenyataan MSE.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg