PELANCONG dan semua pengunjung lain dari China dan wilayah Victoria di Australia kini boleh memasuki Singapura tanpa menjalani tempoh kuarantin mulai Jumaat 6 Nov).
Namun mereka perlu mengambil ujian Covid-19 setibanya di sini, lapor The Straits Times.
Jika ujian mereka negatif, mereka boleh menjalankan kegiatan mereka tanpa perlu dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).
Langkah ini juga dikenakan ke atas warga Singapura, Penduduk Tetap (PR) dan pemegang pas jangka panjang yang pulang dari kededua kawasan tersebut.
Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Khamis (29 Okt) berkata China dan Victoria telah dimasukkan dalam senarai kerana mereka mempunyai sistem pemantauan kesihatan awam yang menyeluruh dan telah berjaya mengawal penularan virus Covid-19.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg