Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura berusaha dapatkan pelbagai vaksin Covid-19: Gan Kim Yong

Nov 10, 2020 | 7:34 PM
Encik Gan berkata perincian tentang vaksin yang mana akan dipilih serta segmen masyarakat yang akan menerima vaksin tersebut masih diperhalusi. - Foto fail
Encik Gan berkata perincian tentang vaksin yang mana akan dipilih serta segmen masyarakat yang akan menerima vaksin tersebut masih diperhalusi. - Foto fail -

SINGAPURA sedang berusaha mendapatkan pelbagai jenis vaksin Covid-19 yang sesuai bagi segmen berbeza masyarakat, dan bukan hanya bergantung pada satu vaksin sahaja.

Demikian kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Selasa (10 Nov).

Encik Gan berkata perincian tentang vaksin yang mana akan dipilih serta segmen masyarakat yang akan menerima vaksin tersebut masih diperhalusi.

Bercakap semasa sidang media dalam talian yang diadakan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) pada Selasa, beliau berkata penggunaan vaksin itu mesti mengambil kira tahap keberkesanan dan keselamatan yang berbeza terhadap kumpulan berbeza.

"Ada vaksin yang mungkin berkesan bagi segmen masyarakat yang berbeza.

"Misalnya, ada yang mungkin tidak berkesan bagi kanak-kanak dan ada yang mungkin tidak berkesan bagi warga emas," ujar beliau.

Encik Gan menambah apabila vaksin tersebut sudah boleh didapatkan kelak, ia mesti diberikan secara progresif kerana adalah mustahil untuk memberikannya kepada seluruh negara secara serentak.

Beliau turut menekankan bahawa pekerja penjagaan kesihatan yang bertugas menentang virus tersebut kemungkinan besar akan diberi keutamaan.

Ini diikuti golongan lebih terdedah seperti warga tua yang boleh mendapat simptom lebih teruk dek jangkitan tersebut, seandainya vaksin yang ada sesuai bagi mereka. - The Straits Times

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg