Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura, Britain alu-alukan kemajuan sertakan Britain dalam CPTPP

Feb 25, 2022 | 8:25 PM
e0ef66d5-11c3-4eca-a6d7-eae140ff273f
-

SINGAPURA dan Britain menyambut baik keputusan kumpulan kerja Perjanjian Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) pada 18 Februari lalu untuk maju ke tahap akses pasaran dalam proses menyertakan Britain ke dalam perjanjian itu.

Ini merupakan detik penting yang dicapai menerusi usaha dan kerjasama membina antara anggota CPTPP dan Britain, menurut kenyataan bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong dan Setiausaha Negara Britain untuk Perdagangan Antarabangsa, Cik Anne-Marie Trevelyan, pada Jumaat (25 Feb).

Menurut mereka, Singapura dan Britain menegaskan komitmen bersama untuk mengekalkan momentum proses penyertaan Britain, di bawah pimpinan Singapura sebagai pengerusi suruhanjaya.

Singapura dan Britain mempunyai minat bersama dalam sistem perdagangan berbilang hala yang relevan dan penting seperti Pertubuhan Dagangan Sedunia (WTO).

"Singapura dan Britain menegaskan lagi komitmen bersama kita untuk menambahkan usaha dan bekerjasama rapat dengan anggota WTO lain untuk memastikan WTO mencapai hasil bermakna di Persidangan Menteri WTO ke-12," kata mereka.

Singapura dan UK juga berkongsi minat untuk mengurangkan pengeluaran karbon dalam ekonomi dengan membangunkan piawaian, kepakaran dan teknologi untuk memajukan peralihan tenaga dan mencapai pelepasan sifar karbon.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg