S'pura catat 28 kes Covid-19 baru; 26 import, 2 dalam masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura catat 28 kes Covid-19 baru; 26 import, 2 dalam masyarakat

Jan 5, 2021 | 4:17 PM

S'pura catat 28 kes Covid-19 baru; 26 import, 2 dalam masyarakat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Terdapat 26 kes import dan dua kes dalam masyarakat pada 5 Januari 2021. - FOTO: fail
Terdapat 26 kes import dan dua kes dalam masyarakat pada 5 Januari 2021. - FOTO: fail -

Singapura mencatatkan 28 kes Covid-19 baru sehingga tengah hari Selasa (5 Jan) menjadikan jumlah kes jangkitan keseluruhan mencecah 58,749 kes.

Daripada jumlah tersebut, 26 merupakan kes import yang telah diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba di Singapura.

Antara mereka, empat melibatkan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) manakala 13 kes pembantu rumah asing.

Kementerian Kesihatan (MOH) juga melaporkan dua kes dalam masyarakat.

Seorang merupakan kontak rapat kes 58,821 - warga Indonesia berusia 47 tahun yang telah pun dikuarantin sebelum ini.

Kru kapal itu tiba di sini dari Indonesia pada 17 Disember lalu.

Beliau disahkan positif Covid-19 pada 30 Dis dan kes beliau dilaporkan dalam kenyataan MOH pada hari tersebut.

Sebelum beliau dibawa ke hospital, beliau tidak meninggalkan kapalnya, jelas MOH.

Sementera itu, tiada kes dari domitori pekerja dikesan pada Selasa

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg