Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura catat kematian ke-5 akibat Covid-19

Apr 3, 2020 | 11:18 AM
KORBAN TERKINI: Seorang wanita berusia 86 tahun menjadi mangsa kelima di Singapura sejauh ini.
KORBAN TERKINI: Seorang wanita berusia 86 tahun menjadi mangsa kelima di Singapura sejauh ini. - fail

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) hari ini mengumumkan korban ke-5 pesakit disebabkan komplikasi Covid-19.

Dalam kenyataannya, MOH menyatakan pesakit itu, seorang wanita, 86 tahun, dijangkiti Covid-19 pada 3 April, 1.55 pagi.

Akhbar The Straits Times melaporkan, ia percaya pesakit adalah Kes 918, salah seorang dalam kelompok Rumah Jagaan Warga Tua Lee Ah Mooi di Thomson Lane.

Beliau adalah warga Singapura yang tiada sejarah perjalanan ke negara-negara atau rantau yang terjejas dengan koronavirus.

"Beliau dimasukkan ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) pada 31 Mac, dan disahkan jangkitan Covid-19 pada hari yang sama. Beliau kemudian meninggal dunia akibat jangkitan itu," kata MOH.

NCID telah menghubungi keluarga mangsa dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg