S'pura, China teroka idea kurangi risiko 'pertembungan' di Laut China Selatan
Premium
S'pura, China teroka idea kurangi risiko 'pertembungan' di Laut China Selatan
Mar 2, 2016 | 5:30 AM

BERBINCANG: Dr Balakrishnan (kiri) menemui ahli Dewan Undangan Negeri China, Encik Yang Jiechi, semalam semasa hari terakhir bagi lawatan dua harinya ke China. - Foto MFA
SINGAPURA dan China sedang mengusahakan beberapa idea penerokaan bagi mengurangkan risiko pertemuan yang tidak dirancang di laut, di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat akan pertempuran yang boleh berlaku antara China dengan tentera asing di Laut China Selatan yang sedang dipertikai.
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, berkata beliau membincangkan idea tersebut dengan rakan sejawatannya di China, Encik Wang Yi, di pertemuan mereka kelmarin, dan kededua pihak akan mengusahakannya dalam bulan-bulan akan datang.

