Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura dipilih semula ke majlis penerbangan awam antarabangsa

Oct 2, 2022 | 7:10 PM
b90549d3-b371-4df4-b578-a011e5207966
- Foto: ST

SINGAPURA berjaya dipilih semula ke Majlis bagi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dalam undian di sesi ke-41 Mesyuarat ICAO yang berlangsung di Montréal, Canada, semalam (1 Oktober).

Ini dinyatakan Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam satu kenyataannya, hari ini (2 Oktober).

Menteri Pengangkutan Encik S Iswaran, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, yang memimpin delegasi Singapura ke Mesyuarat ICAO, berkata penghubung udara negara ini amat penting bagi memastikan lapangan terbang mampu menampung aliran, terutamanya semasa tempoh Formula Satu (F1), di mana terdapat pertambahan.

"Ini satu penghargaan kerana bagi Singapura sebagai sebuah hab penerbangan antarabangsa, adalah penting kita menjadi sebahagian daripada wacana sejagat tentang penerbangan.

"ICAO telah mainkan peranan amat penting dalam pemulihan penerbangan - menyelaras usaha semua negara - tapi juga dalam berfikiran tentang masa depan berkaitan kemampanan dalam penerbangan dan pembangunan kapasiti, piawai, keselamatan dan lain-lain."

Kali pertama Singapura dipilih ke Majlis bagi ICAO adalah pada 2003, di satu sesi Mesyuarat luar biasa yang diadakan bagi mengisi tiga kerusi Majlis baru.

Singapura kemudian dipilih semula di sesi-sesi mesyuarat yang diadakan setiap tiga tahun, sejak 2004 (2007, 2010, 2013, 2016, dan 2019).

Singapura menyertai lebih 100 panel dan kumpulan pakar ICAO, termasuk dalam peranan kepimpinan, bagi membantu membentuk piawai antarabangsa dalam bidang seperti keselamatan penerbangan, pengurusan trafik, dan perlindungan sekitaran.

Singapura juga menyumbang kepada pembangunan modal insan penerbangan.

Akademi Penerbangan Singapura (SAA) yang merupakan syarikat latihan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), menawarkan pelbagai program latihan penerbangan khusus bagi para pemimpin penerbangan awam dan profesional di serata dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg