Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura gesa semua pihak izin bantuan kemanusiaan ke Gaza

PM Lee: Israel berhak pertahan diri tapi harus patuh undang-undang antarabangsa
Oct 20, 2023 | 5:30 PM
SIDANG PUNCAK ASEAN-GCC: Encik Lee Hsien Loong (dua dari kanan, depan) bersama Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud (tengah, depan) serta ketua negara dan pemerintah dari negara Asean dan GCC yang menghadiri Sidang Puncak Asean-GCC pertama di Riyadh, Saudi pada Jumaat.
SIDANG PUNCAK ASEAN-GCC: Encik Lee Hsien Loong (dua dari kanan, depan) bersama Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud (tengah, depan) serta ketua negara dan pemerintah dari negara Asean dan GCC yang menghadiri Sidang Puncak Asean-GCC pertama di Riyadh, Saudi pada Jumaat. - Foto MCI

Singapura telah menggesa semua pihak untuk membenarkan penghantaran bantuan kemanusiaan dengan segera kepada penduduk awam yang terjejas akibat konflik Israel-Hamas di Gaza.

Berucap di Sidang Puncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh, Arab Saudi, pada Jumaat, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata Singapura secara konsisten menyokong huraian dua negara yang boleh dicapai hasil perundingan.

Ini juga sejajar dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang relevan.

“Ini satu-satunya pilihan yang wajar untuk mencapai penyelesaian yang bertahan, adil dan menyeluruh,” ujarnya.

Encik Lee berkata pertempuran terkini antara Israel dengan Hamas di Gaza telah meningkatkan keprihatinan yang mendalam, dengan kehilangan nyawa orang awam yang tragik di kedua-dua pihak, termasuk di Hospital Al Ahli Arab baru-baru ini.

“Singapura telah mengecam serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober.

“Israel berhak mempertahan diri. Namun dalam melaksanakan hak itu, Israel harus mematuhi undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang peperangan dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Mereka harus berusaha sedaya upaya untuk melindungi keselamatan orang awam,” kata beliau. – ERVINA MOHD JAMIL

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg