Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura gesa tindakan tentera dihenti serta-merta

Feb 25, 2022 | 5:30 AM
620fbdf8-3ebf-4901-b9c2-3006af6a8642
- Foto fail

SINGAPURA melahirkan rasa amat bimbang dengan pengumuman Russia tentang permulaan "operasi ketenteraan khas" di wilayah Donbas; dan laporan serangan darat dan udara ke atas pelbagai sasaran di Ukraine yang bermula semalam kata Kementerian Ehwal Luar.

Dalam satu kenyataan semalam jurucakap MFA berkata:

"Singapura mengutuk sekeras-kerasnya sebarang pencerobohan tanpa provokasi ke atas negara berdaulat atas sebarang alasan."

Jurucakap itu menambah Singapura menegaskan bahawa kedaulatan, kemerdekaan dan integriti wilayah Ukraine mesti dihormati.

"Kami berharap tindakan ketenteraan akan dihentikan serta-merta; dan menggesa penyelesaian secara aman pertikaian itu, mengikut Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa," kata jurucakap MFA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg