Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura, Indonesia komited pererat kerjasama agar dapat muncul lebih kuat selepas pandemik

Oct 15, 2020 | 10:03 PM
Encik Chan Chun Sing menandatangani satu Laporan Bersama di Mesyuarat Peringkat Menteri Enam Kumpulan Kerja Ekonomi Dua Hala Singapura-Indonesia (6WG) yang ke-10 yang diadakan menerusi persidangan video.
Encik Chan Chun Sing menandatangani satu Laporan Bersama di Mesyuarat Peringkat Menteri Enam Kumpulan Kerja Ekonomi Dua Hala Singapura-Indonesia (6WG) yang ke-10 yang diadakan menerusi persidangan video. - FACEBOOK / CHAN CHUN SING

MENTERI Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing dan Menteri Penyelaras Ehwal Ekonomi Indonesia Airlangga Hartarto dalam mesyuarat maya yang mereka pengerusikan bersama pada Khamis (15 Oktober) mengakui kesan ekonomi besar yang disebabkan oleh Covid-19, dan menegaskan komitmen untuk memperdalam kerjasama dua hala supaya kedua-dua negara dapat mengatasi pandemik itu dan muncul lebih kuat bersama.

Semasa Mesyuarat Peringkat Menteri Enam Kumpulan Kerja Ekonomi Dua Hala Singapura-Indonesia (6WG) itu, Encik Chan dan Encik Hartarto menandatangani secara elektronik satu Laporan Bersama yang menggariskan pencapaian utama dan inisiatif ekonomi masa depan di bawah 6WG, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataannya pada Khamis.

Kedua-dua menteri itu juga mengalu-alukan penubuhan GlobalConnect@SBF oleh Persekutuan Perniagaan Singapura dan SingCham Indonesia, serta pembaharuan wadah Majlis Perniagaan Indonesia-Singapura.

Inisiatif-inisiatif itu akan mengukuhkan jaringan antara masyarakat perniagaan Singapura dan Indonesia, yang membolehkan pertukaran idea dan kerjasama lanjut walaupun terdapat sekatan semasa dalam perjalanan antarabangsa.

Kedua-dua Menteri juga membincangkan cara untuk mempererat kerjasama dalam bidang digitalisasi.

Mereka setuju adalah penting untuk meneroka inisiatif pengembangan kapasiti yang lebih besar supaya warga Singapura dan Indonesia dapat dipersiap untuk merebut peluang dalam ekonomi digital yang berkembang pesat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg