Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura, Indonesia tanda tangan kerjasama simpanan karbon

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, Indonesia tanda tangan kerjasama simpanan karbon

Feb 15, 2024 | 07:35 PM



Singapura adalah negara pertama menandatangani surat niat (LOI) untuk bekerjasama dengan Indonesia dalam pengumpulan dan penyimpanan karbon (CCS) rentas sempadan.

Persetujuan itu dimeterai berikutan pengumuman peraturan presiden Indonesia pada 30 Januari, yang membolehkan pengendali CCS mengetepikan kapasiti penyimpanan untuk karbon dioksida antarabangsa.

Dengan LOI itu, Singapura dan Indonesia mengesahkan kepentingan CCS sebagai laluan penyahkarbonan, dan potensi CCS untuk membolehkan kegiatan perusahaan yang mampan dan menjana peluang ekonomi baru, kata  Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Kementerian Penyelaras Ehwal Kelautan dan Pelaburan Indonesia dalam satu kenyataan bersama pada 15 Februari.

Satu kumpulan kerja yang terdiri daripada pegawai pemerintah Singapura dan Indonesia juga akan dibentuk.

Mereka akan berusaha mengikat secara sah perjanjian dua hala yang akan membolehkan pengangkutan rentas sempadan dan penyimpanan karbon dioksida antara Singapura dengan Indonesia, tambah kededua kementerian itu. 

LOI itu telah ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha (Industri) MTI, Encik Keith Tan, dan Timbalan Menteri Penyelaras Kedaulatan Kelautan dan Tenaga Indonesia, Encik Jodi Mahardi.

Encik Tan berkata: “Penyimpanan dan pengumpulan karbon rentas sempadan adalah huraian yang baru muncul di Asia, dan menyokong peralihan Singapura ke arah karbon rendah pada masa hadapan.

“Singapura adalah negara pertama yang menandatangani LOI dengan Indonesia selepas peraturan Presiden untuk membenarkan CCS rentas sempadan diumumkan.

“Dengan LOI ini, Singapura dan Indonesia boleh menjadi penunjuk laluan untuk memangkinkan projek penggunaan CCS rentas sempadan di Asia Tenggara.”

CCS ialah proses mengumpul, mengangkut dan menyimpan karbon dioksida yang dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada kegiatan lain, seperti penjanaan kuasa. 

Karbon dioksida yang diperolehi kemudian tidak akan dibebaskan ke atmosfera.

CCS menyediakan laluan untuk menyahkarbonkan pelepasan daripada sektor yang sukar dihentikan seperti tenaga dan bahan kimia, dan kuasa.

Encik Jodi pula berkata inisiatif itu meletakkan Indonesia sebagai pemain penting dalam landskap CCS Asia Tenggara, yang menawarkan model untuk kerjasama alam sekitar rentas sempadan.

“Kerjasama dengan Singapura ini bukan sahaja menguatkan iltizam Indonesia untuk menerajui pengawasan alam sekitar di rantau ini tetapi juga menunjukkan pendekatan proaktif kami dalam memanfaatkan teknologi inovatif untuk pertumbuhan mampan,” tambah beliau.

Di peringkat antarabangsa, CCS dianggap sebagai kunci laluan penyahkarbonan untuk mencapai pengurangan iklim global. 

Kedua-dua Panel Antara Pemerintah mengenai Perubahan Iklim (IPCC) dan Agensi Tenaga Antarabangsa mengiktiraf peranan CCS untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang pertengahan abad dan mengurangkan kesan pemanasan global.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >