Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura, Indonesia tekan hubungan pertahanan kukuh, berpanjangan

Jun 4, 2021 | 5:30 AM
- Foto FACEBOOK NG ENG HEN
- Foto FACEBOOK NG ENG HEN -

MENTERI Pertahanan Ng Eng Hen dan rakan sejawatan dari Indonesia Prabowo Subianto bercakap menerusi panggilan telefon semalam, untuk menekankan lagi hubungan pertahanan dua hala rapat dan berpanjangan antara kededua negara, kata Kementerian Pertahanan (Mindef).

Semasa panggilan itu, kededua menteri bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran keselamatan serantau dan membincangkan cara-cara menyokong satu sama lain, termasuk memperkukuh kerjasama pertahanan dua hala semasa pandemik Covid-19, kata Mindef dalam kenyataannya.

Ini termasuk kerjasama dalam bidang seperti bantuan kemanusiaan dan bencana, serta keselamatan maritim.

Dr Ng juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Prabowo kerana memberi sokongan kuat kepada Dialog Shangri-la, meskipun ia tidak dapat diadakan tahun ini.

Beliau juga mengundang Encik Prabowo untuk ke Singapura apabila keadaan Covid-19 di rantau ini bertambah baik, kata Mindef.

Dialog Shangri-La, sidang puncak keselamatan serantau yang diadakan secara tahunan pada awalnya dijadual berlangsung pada 4 hingga 5 Jun di sini, tetapi dibatalkan dua minggu lalu akibat keadaan pandemik yang kian teruk di serata dunia.

Kededua Dr Ng dan Encik Prabowo akan menghadiri Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM) serta ADMM-Plus, yang akan diadakan secara maya bulan ini.

Panggilan telefon antara Encik Prabowo dengan Dr Ng itu diadakan dua hari selepas Dr Ng bercakap dengan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dr Ng dan Datuk Ismail, yang juga Menteri Kanan bagi Kelompok Keselamatan telah menekankan lagi komitmen kededua negara untuk mengadakan dialog dan perbincangan berterusan untuk memelihara keamanan dan kestabilan di rantau ini, selain memperkukuh kerjasama dua hala semasa pandemik, kata Mindef, dalam kenyataannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg