Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura, Kongres AS perkukuh hubungan dua hala, teroka bidang baru

Perbincangan hasil lawatan delegasi pimpinan Nancy Pelosi
Aug 2, 2022 | 5:30 AM
HARGAI KERJASAMA: Puan Halimah (kanan) dan Cik Pelosi mengesahkan kerjasama cemerlang dan berkekalan antara Singapura dengan Amerika Syarikat.
HARGAI KERJASAMA: Puan Halimah (kanan) dan Cik Pelosi mengesahkan kerjasama cemerlang dan berkekalan antara Singapura dengan Amerika Syarikat. -

SINGAPURA dan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan hubungan baik antara kedua negara, dan bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang baru termasuk perubahan iklim.

Ia dicapai hasil lawatan delegasi enam anggota Kongres AS ke Singapura yang dipimpin Speaker Dewan Perwakilan AS, Cik Nancy Pelosi.

Cik Pelosi, yang berada di Singapura selama dua hari, telah bertemu dengan Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, di Istana semalam, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Mereka juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; dan Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

"Presiden Halimah dan delegasi Kongres mengesahkan hubungan cemerlang yang sudah lama dipupuk antara Singapura dengan Amerika. Mereka membincangkan hubungan antara rakyat dan hubungan erat dalam pendidikan antara kedua negara dan menyambut baik kerjasama dua hala dalam bidang baru dan ke hadapan seperti perubahan iklim. Mereka juga bertukar pandangan mengenai cara memupuk keutuhan sosial di Singapura dan Amerika,'' ujar kenyataan MFA.

Dalam pertemuannya dengan Encik Lee, MFA berkata mereka mengesahkan kerjasama mendalam antara kedua negara dalam bidang-bidang seperti pertahanan, keselamatan dan ekonomi.

PM Lee juga menyambut baik komitmen Amerika untuk terus berinteraksi dengan rantau ini dan kedua pihak membincangkan cara meningkatkan interaksi itu termasuk melalui inisiatif Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik.

Mereka juga bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan antarabangsa dan serantau, termasuk perang di Ukraine dan perubahan iklim. PM Lee juga menyatakan kepentingan hubungan AS-China bagi keamanan dan keselamatan di rantau ini.

"Presiden Halimah dan delegasi Kongres mengesahkan hubungan cemerlang yang sudah lama dipupuk antara Singapura dengan Amerika. Mereka membincangkan hubungan antara rakyat dan hubungan erat dalam pendidikan antara kedua negara dan menyambut baik kerjasama dua hala dalam bidang baru dan ke hadapan seperti perubahan iklim. Mereka juga bertukar pandangan mengenai cara memupuk keutuhan sosial di Singapura dan Amerika."

- MFA, dalam kenyataannya mengenai lawatan delegasi Kongres AS.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg