Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura labur $100j tingkat kelajuan jalur lebar negara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura labur $100j tingkat kelajuan jalur lebar negara

Feb 21, 2024 | 02:43 PM



Singapura akan melabur sehingga $100 juta untuk naik taraf rangkaian jalur lebar negara kepada 10Gbps (gigabit per saat), satu langkah yang membolehkan isi rumah mengakses 10 kali ganda kelajuan rangkaian jalur lebar sedia ada.

Mengumumkan demikian kepada media pada 21 Februari, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata kerja naik taraf itu bertujuan untuk negara bersiap sedia menghadapi pertumbuhan alat intensif data seperti kecerdasan buatan (AI), realiti maya dan aplikasi rumah pintar, yang memerlukan kelajuan lebih pantas.

“Prasarana digital memerlukan masa untuk dibina dan tidak berlaku dalam sekelip mata. Masih banyak lagi cara di mana perkembangan digital boleh mengubah cara kita bekerja dan hidup, yang kita masih belum ketahui sepenuhnya.

“Walaupun kita tidak tahu secara khusus kes-kes tertentu bagi penggunaan ini, adalah jelas bahawa masa depan akan melibatkan pengalaman digital yang lebih mendalam, ia akan melibatkan peranti pintar tambahan, peranti autonomi dan AI.

“Kita perlu mencuba dan melakukan usaha terbaik untuk memahami arah aliran yang akan berlaku dan memastikan prasarana kita sedia untuk masa hadapan,” kata Cik Teo.

Setelah dinaik taraf, lebih setengah juta isi rumah dijangka mendaftar untuk perkhidmatan berkelajuan tinggi ini menjelang 2028.

Pelaburan $100 juta oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) akan disalurkan untuk menaik taraf rangkaian bahagian belakang dan peralatan pengguna sehingga 2026 untuk membolehkan perkhidmatan jalur lebar kediaman menawarkan kelajuan Internet sehingga 10Gbps.

Peningkatan ini menandakan langkah seterusnya dalam Rangkaian Jalur Lebar Seluruh Negara Singapura, yang dilancarkan secara komersial pada 2010 dengan pelaburan $1 bilion daripada pemerintah.

Rangkaian itu, yang sudah mampu menyokong kelajuan 10Gbps, mencapai lebih 95 peratus rumah dan perniagaan di Singapura pada 2013 – yang pertama di dunia.

Pengumuman itu dibuat selepas Timbalan Perdana Menteri Encik Lawrence Wong mengumumkan semasa Belanjawan 2024 pada 16 Februari rancangan pemerintah untuk menaik taraf Rangkaian Jalur Lebar Seluruh Negara.

Pelan jalur lebar dengan kelajuan melayari sekurang-kurangnya 1Gbps adalah piawaian semasa untuk sekitar 85 peratus isi rumah di sini.

Kelajuan sebenar untuk setiap rumah mungkin berbeza-beza bergantung pada bilangan pengguna di sesuatu kawasan dan faktor lain seperti sekatan sementara oleh penyedia perkhidmatan Internet untuk mengelak kesesakan rangkaian oleh sebilangan kecil pengguna.

Syarikat metrik Internet Ookla melaporkan purata kelajuan muat turun dan muat naik di Singapura adalah hampir 300Mbps.

Rancangan untuk rangkaian jalur lebar rumah 10Gbps mula-mula digariskan dalam Rangka Tindakan Kesambungan Digital pada 2022, yang membentangkan rancangan memperkukuh kapasiti digital Singapura pada tahun-tahun akan datang supaya ia kekal berdaya saing.

Ia termasuk menggandakan pendaratan kabel dasar laut di Singapura sepanjang dekad akan datang dalam usaha meningkatkan perdagangan digital di sini.

Jurucakap IMDA berkata pada 21 Februari, model harga dan peringkat kelajuan akan diserahkan kepada pasaran, sambil menambah perubahan sedemikian tidak mungkin berlaku secara tiba-tiba.

“Mereka perlu telus dalam cara mereka menawarkan perkhidmatan. Bukan sahaja (telko) perlu memasarkan kelajuan secara teori, mereka perlu (menunjukkan) kelajuan biasa yang akan dialami pengguna. Kami akan lakukan semakan kami untuk memastikan bahawa (telko) menyampaikan apa yang pengguna biasa (boleh jangkakan) tetapi kami tidak akan mewajibkannya sebagai peraturan,” kata IMDA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >