Jumlah keseluruhan kes Covid-19 baru dan mereka yang dimasukkan ke hospital di Singapura terus berkurangan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (6 Mac).

MOH melaporkan sebanyak 13,158 kes baru manakala 1,437 orang dimasukkan ke hospital.

Ini lebih rendah berbanding 16,274 kes baru dan 1,559 orang dimasukkan hospital pada Sabtu (5 Mac).

MOH berkata kadar pertumbuhan jangkitan Covid-19 kekal di bawah satu, iaitu 0.95.

Ini adalah lima hari berturut-turut kadar jangkitan mingguan merosot di bawah satu sejak 3 Januari. Kadarnya mencapai 0.95 pada Sabtu (5 Mac).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat bagi sepanjang minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Kadar yang melebihi satu menandakan jumlah kes Covid-19 mingguan semakin meningkat.