Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura lapor kes ke-10 cacar monyet

Jul 26, 2022 | 10:03 PM
Jamal Abdillah
Jamal Abdillah - ESPLANADE - THEATRES ON THE BAY

Satu lagi kes cacar monyet import dilaporkan di Singapura pada Selasa (26 Julai), menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dikesan di sini kepada 10. Lelaki Taiwan berusia 28 tahun yang tinggal di Singapura itu baru pulang dari Canada. Beliau disahkan positif pada Selasa, dan kini dirawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), kata Kementerian Kesihatan (MOH) di laman webnya. Keadaan pesakit itu stabil. Pesakit itu mengalami demam panas, sakit kepala, sakit di bahagian dubur dan sakit otot pada Jumaat lalu. Ini kemudiannya menjadi ruam di kawasan perianal, kata MOH, merujuk kepada kawasan badan yang mengelilingi dubur. Beliau mendapatkan rawatan perubatan pada Selasa dan dimasukkan ke NCID pada hari sama. Pengesanan kenalan sedang dijalankan, tambah MOH. Daripada 10 kes cacar monyet di sini, lima adalah tempatan dan lima adalah import. Setakat ini, kes-kes itu tidak terkait.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg