S'pura longgar lagi sekatan, lebih ramai pekerja kembali ke tempat kerja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura longgar lagi sekatan, lebih ramai pekerja kembali ke tempat kerja

Aug 19, 2021 | 5:30 AM

S'pura longgar lagi sekatan, lebih ramai pekerja kembali ke tempat kerja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
d99ee78a-303e-4f0a-854c-9584c9a79ab4
-

SINGAPURA melonggarkan lagi sekatan pergerakan hari ini termasuk membolehkan syarikat mempunyai lebih ramai kakitangan kembali ke tempat kerja.

Ini sebahagian pembukaan semula negara secara bertahap dengan sasaran menjadikan Singapura dapat hidup dengan Covid-19 yang endemik.

Namun sedang negara ini membuka semula ekonomi dan membuka semula sempadannya bagi pelancongan perniagaan dan percutian, Singapura boleh menjangkakan jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, semalam.

Bagaimanapun Singapura akan memantau secara dekat situasi pandemik demi memastikan kemudahan penjagaan kesihatan tidak terjejas.

"Kita akan perlu terus melaksanakan langkah pengurusan selamat asas yang munasabah di dalam negeri untuk memastikan jangkitan dapat dikawal meskipun lebih ramai pelancong masuk ke negara ini," kata Encik Gan, yang juga pengerusi bersama Jawatankuasa Berbilang Kementerian bagi Covid-19 (MTF).

"Sebarang pelonggaran lanjut langkah pengurusan selamat dalam masyarakat juga akan bergantung kepada seberapa baik kita menguruskan pembukaan semula sempadan kita dan apakah kita dapat memastikan tidak ada peningkatan besar dalam jangkitan," katanya merumuskan wawancaranya bersama Bloomberg News.

Sementara itu, ramai majikan - termasuk pemerintah - menjangkakan aturan bekerja hibrid menjadi ciri tetap dalam dunia pasca-pandemik.

"Perkhidmatan Awam sedang berusaha ke arah menyokong fleksibiliti kerja lebih besar dalam norma baru pasca-Covid," kata jurucakap Divisyen Perkhidmatan Awam.

"Ini akan memenuhi keperluan pegawai dan pada masa yang sama mengimbangi keperluan pertubuhan."

Dua minggu lalu, MTF mengumumkan bekerja dari rumah tidak lagi akan menjadi aturan bekerja tetap mulai 19 Ogos.

Sebaliknya, sehingga 50 peratus kakitangan yang boleh bekerja di rumah akan dibenarkan kembali ke tempat kerja.

Syarikat telah berusaha menjadikan aturan kerja hibrid satu kenyataan - kadangkala secara tidak teratur - apabila Covid-19 kali pertama melanda di Singapura tahun lalu.

Namun selepas lebih setahun mengadakan aturan sedemikian, kebanyakan firma dan kakitangan mereka kini sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Firma undang-undang Dentons Rodyk berkata ia merancang membenarkan kakitangan bekerja dari rumah bagi sebilangan hari tertentu setiap minggu dengan masa melaporkan diri lebih fleksibel.

Pada masa yang sama, ia sedang mempertimbang menjadikan kegiatan sosial dan perpaduan mandatori, memandangkan bekerja di pejabat mungkin tidak wajib.

"Ini demi memastikan budaya firma kami - salah satu perpaduan keluarga dan persahabatan - tidak terkikis dengan model kerja hibrid," kata Encik Loh Kia Meng, ketua pegawai operasi firma itu.

Firma undang-undang itu juga merancang melaksanakan "sistem pendamping" untuk memupuk pendekatan lebih luas antara rakan sekerja dan mendapatkan agensi kaunseling profesional untuk membantu menyokong kesejahteraan mental kakitangan. Syarikat lain termasuk DBS dan syarikat penyedia keselamatan Certis berkata mereka sedang mereka semula ruang kerja untuk mencerminkan keutamaan yang semakin bertambah penting - iaitu kerjasama.

Namun kededua syarikat itu mengakui kesan positif bekerja dari rumah dengan DBS berkata ia merancang memberikan semua kakitangannya fleksibiliti bekerja dari rumah sehingga 40 peratus waktu bekerja.

Pelonggaran lain mulai hari ini termasuk kegiatan seperti ibadah berjemaah dan majlis pernikahan yang boleh diadakan dengan sehingga 1,000 orang jika semuanya lengkap divaksinasi. Jika tidak, hanya sehingga 50 orang dibenarkan tanpa ujian praacara (PET). Kapasiti operasi seperti tarikan dan kapal persiaran pula boleh dinaikkan daripada 25 peratus kepada 50 peratus.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg