Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura meterai FTA dengan perikatan Chile, Columbia, Mexico, Peru

Jan 27, 2022 | 8:08 AM

Singapura telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) pada Rabu (26 Jan) dengan perikatan empat negara iaitu Chile, Colombia, Mexico dan Peru yang memberikan Singapura laluan lebih besar untuk menembusi ekonomi negara-negara itu - yang bersama adalah kelapan terbesar di dunia.

Antara lain, FTA itu menggugurkan kebanyakan tarif ke atas barangan dan membolehkan syarikat-syarikat Singapura membida bagi projek pemerintah di negara-negara Americas.

Perjanjian Perdagangan Bebas Perikatan Pasifik-Singapura itu, atau Pasfta, adalah perjanjian perdagangan bebas langsung pertama bagi Singapura dengan perikatan tersebut, yang bersama mempunyai hasil kasar dalam negeri (GDP) bernilai lebih $2.6 trilion.

Pemeteraiannya mengakhiri proses perundingan yang bermula lebih empat tahun lalu dan adalah yang pertama dilengkapkan, sementara perikatan itu meneruskan perundingan serupa dengan Australia, Canada, Jepun dan New Zealand.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg