Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

S’pura, AS meterai perjanjian rantaian bekalan pertahanan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, AS meterai perjanjian rantaian bekalan pertahanan

Dec 07, 2023 | 06:48 PM



Singapura dan Amerika Syarikat telah menandatangani satu Persetujuan bagi Keselamatan Bekalan, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan pada 7 Disember.

Persetujuan dua hala dan tidak melibatkan ikatan itu membolehkan kedua-dua negara mengurus keadaan dengan lebih baik jika dibayangi gangguan rantaian bekalan yang tidak dijangka.

Di bawah persetujuan tersebut, Singapura dan Amerika boleh meminta untuk mendapatkan keutamaan bagi penghantaran sumber industri penting dan mendesak demi memenuhi keperluan pertahanan mereka, kata Mindef.

Persetujuan itu ditandatangani Setiausaha Tetap bagi Pembangunan Pertahanan Mindef, Leftenan Jeneral Melvyn Ong, dan Setiausaha Pertahanan bagi Pemerolehan dan Pengekalan Amerika, Dr William A. LaPlante.

Ia merupakan satu kaedah bagi memperkukuh kerjasama pertahanan antara Amerika dengan Singapura.

Ia juga menunjukkan kerjasama dari segi teknologi pertahanan yang telah lama terjalin dan manfaat yang diperoleh kedua-dua negara, kata Mindef.

Dalam satu kenyataan pada 6 Disember, Jabatan Pertahanan Amerika berkata kedua-dua negara itu juga telah menubuhkan satu kerjasama inovasi pertahanan baru pada Oktober.

Ia menambah, Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin, telah bertemu Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen, di Pentagon pada hari yang sama kenyataan itu dikeluarkan.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin menegaskan semula hubungan pertahanan dua hala.

Dr Ng meluahkan penghargaannya kepada Amerika atas sokongan mereka kepada keperluan teknologi dan latihan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Ini termasuk memberi tempat bagi detasmen latihan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) di Amerika, di antaranya perolehan Jet Pejuang F-35 yang masih sedang berterusan.

Encik Austin pula mengucapkan penghargaannya kepada Singapura atas sokongan konsisten yang diberi terhadap kehadiran ketenteraan Amerika di rantau Asia Pasifik serta pendekatannya di rantau itu.

“Singapura adalah salah satu rakan pertahanan penting Amerika Syarikat,” kata beliau dalam kenyataan Jabatan Pertahanan Amerika itu.

Encik Austin juga menekankan sokongan jabatan tersebut bagi hubungan latihan dua hala Amerika-Singapura, termasuk mengadakan latihan bersama di rantau itu serta peluang bagi RSAF berlatih di Amerika.

“Kedua-dua pegawai juga mengulangi bahawa kerjasama antara Amerika dengan Singapura itu adalah berlandaskan prinsip dikongsi, sekali gus menunjukkan komitmen mereka dalam menyokong keselamatan, kestabilan dan kemakmuran sebuah rantau Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” kata Jabatan Pertahanan Amerika lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >