MULAI 1 April, mereka yang telah mendapatkan vaksin sepenuhnya boleh melakukan perjalanan antara Singapura dan Malaysia melalui darat, termasuk memandu, tanpa ujian atau kuarantin. Ini akan memulakan perjalanan singkat yang sebelum ini membentuk sebahagian besar daripada perjalanan antara negara jiran. "Memandangkan kedua-dua pihak telah mencapai kemajuan yang baik dalam menguruskan Covid-19, kami bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk membuka semula sempadan darat kami," kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyusuli panggilan telefon dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pagi Khamis. Perdana Menteri Malaysia itu pula berkata ini adalah peristiwa penting dalam memulakan semula perjalanan antara Singapura dan Malaysia. "Pengumuman hari ini mencerminkan hubungan yang terjalin lama dan kerjasama pelbagai aspek serta hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh antara kedua-dua negara. "Ini pastinya akan menyumbang kepada usaha pemulihan dengan impak positif ke atas ekonomi dan kehidupan rakyat kedua-dua negara". Pengumuman itu dibuat selepas PM Lee mengumumkan peralihan penting dalam dasar Singapura untuk menganggap Covid-19 sebagai endemik, termasuk meningkatkan had saiz kumpulan kepada 10 dan menjadikan pemakaian pelitup sebagai pilihan di luar rumah. Pelonggaran sekatan sempadan Singapura-Malaysia bakal mengembalikan pergerakan antara kedua-dua negara seperti sebelum wabak, apabila 415,000 orang merentasi koswe Woodlands dan Tuas Second Link setiap hari.

MULAI 1 April, mereka yang telah mendapatkan vaksin sepenuhnya boleh melakukan perjalanan antara Singapura dan Malaysia melalui darat, termasuk memandu, tanpa ujian atau kuarantin.

Ini akan memulakan perjalanan singkat yang sebelum ini membentuk sebahagian besar daripada perjalanan antara negara jiran.

"Memandangkan kedua-dua pihak telah mencapai kemajuan yang baik dalam menguruskan Covid-19, kami bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk membuka semula sempadan darat kami," kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyusuli panggilan telefon dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pagi Khamis.

Perdana Menteri Malaysia itu pula berkata ini adalah peristiwa penting dalam memulakan semula perjalanan antara Singapura dan Malaysia.

"Pengumuman hari ini mencerminkan hubungan yang terjalin lama dan kerjasama pelbagai aspek serta hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh antara kedua-dua negara.

"Ini pastinya akan menyumbang kepada usaha pemulihan dengan impak positif ke atas ekonomi dan kehidupan rakyat kedua-dua negara".

Pengumuman itu dibuat selepas PM Lee mengumumkan peralihan penting dalam dasar Singapura untuk menganggap Covid-19 sebagai endemik, termasuk meningkatkan had saiz kumpulan kepada 10 dan menjadikan pemakaian pelitup sebagai pilihan di luar rumah.

Pelonggaran sekatan sempadan Singapura-Malaysia bakal mengembalikan pergerakan antara kedua-dua negara seperti sebelum wabak, apabila 415,000 orang merentasi koswe Woodlands dan Tuas Second Link setiap hari.