Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura, M'sia akan umum butiran HSR tidak lama lagi

PM Lee Hsien Loong dan PM Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin buat penilaian berhubung perbincangan projek HSR
Dec 3, 2020 | 5:30 AM
PERBINCANGAN: PM Lee dan Tan Sri Muhyiddin berbincang mengenai projek HSR semalam. Gambar atas merupakan lakaran artis mengenai salah satu stesen HSR di Bandar Malaysia. - Foto EDELMAN
PERBINCANGAN: PM Lee dan Tan Sri Muhyiddin berbincang mengenai projek HSR semalam. Gambar atas merupakan lakaran artis mengenai salah satu stesen HSR di Bandar Malaysia. - Foto EDELMAN -

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat penilaian berhubung perbincangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur semalam.

Menerusi satu kenyataan bersama oleh Pejabat Perdana Menteri Singapura dan Malaysia, kedua-dua negara akan mengumumkan butiran lanjut mengenai projek HSR itu menerusi satu kenyataan tidak lama lagi.

Encik Lee dan Tan Sri Muhyiddin telah berbincang tentang projek HSR itu menerusi satu panggilan sidang video semalam.

Hasil perbincangan tersebut, kedua-dua perdana menteri itu dapat memahami pendirian Singapura dan Malaysia dengan baik.

Encik Lee dan Tan Sri Muhyiddin juga mengesahkan lagi hubungan dua hala yang kukuh antara Singapura dan Malaysia, yang merangkumi kerjasama dalam banyak bidang, serta hasrat ikhlas mereka untuk mengukuhkan lagi hubungan ini bagi manfaat kedua-dua negara.

Perbincangan antara dua perdana menteri itu diadakan menjelang tarikh akhir penangguhan projek HSR yang dilanjutkan buat kali kedua, yang juga kali terakhir, hingga 31 Disember 2020.

Semasa membentangkan Belanjawan 2021 Malaysia bulan lalu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pada dasarnya kerajaan berhasrat meneruskan projek itu selepas mendapat persetujuan Singapura.

Beliau berkata projek HSR itu dijangka dapat menjana kesan pengganda yang positif terhadap ekonomi Malaysia.

"Namun begitu, ia tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan Singapura," ujarnya.

Pada 31 Mei lalu, kerajaan Malaysia memberitahu Singapura bahawa mereka mahu menyarankan beberapa perubahan kepada projek itu, dan meminta lanjutan bagi membolehkan kedua-dua pihak membincangkan cadangan Malaysia itu.

Singapura bersetuju projek HSR itu ditangguh lagi hingga akhir tahun ini.

Ini menyusuli penangguhan pertama yang berakhir Mei lalu.

Mantan Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, ketika itu berkata memandangkan sebarang perubahan projek memerlukan persetujuan Singapura, penangguhan yang dilanjutkan itu akan membolehkan kedua-dua negara menilai perubahan yang Malaysia cadangkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg