Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura, M'sia jalani latihan tentera laut edisi ke-30

Nov 15, 2022 | 5:30 AM
PM Lee Hsien Loong hadir di Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) pada hari pertama di Nusa Dua, Bali,
PM Lee Hsien Loong hadir di Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) pada hari pertama di Nusa Dua, Bali, - EPA-EFE

ANGKATAN Tentera Laut Singapura (RSN) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menamatkan edisi ke-30 siri latihan berskala paling besar sejauh ini, iaitu Latihan Malapura, semalam.

Diadakan antara 4 November hingga semalam, latihan tahun ini melihat penyertaan sulung Kapal Misi Pesisir (LMV), RSS Unity milik RSN dan LMV milik TLDM, KD Badik, serta dua pesawat pejuang F-16 dan pesawat ronda maritim Fokker-50 daripada Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF).

Turut serta dalam latihan ini adalah kapal frigat RSS Supreme dan helikopter tentera laut S-70B Seahawk, serta dua kapal RSS Caliant dan RSS Vigour, kata Kementerian Pertahanan (Mindef).

TLDM juga mengerahkan kapal KD Lekiu bersama helikopter kelautan Super Lynx, kapal ronda luar pesisir KD Selangor dan bot peluru berpandu KD Gempita.

Panglima RSN, Laksamana Muda (RADM) Aaron Beng dan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, menghadiri acara pembukaan latihan itu pada 4 November di RSS Singapura, Pangkalan Tentera Laut Changi.

Acara itu dirasmikan bersama Komander Armada, Laksamana Muda Sean Wat dan Komander Armada Barat, Naib Laksamana Datuk Abu Bakar Mohd Ajis.

Mereka secara bersama melancarkan duit syiling peringatan Latihan Malapura edisi ke-30.

RADM Beng, yang mengulas kepentingan Latihan Malapura ini, berkata:

"Latihan ini adalah batu asas hubungan dua hala antara tentera laut kita dan tentunya ia latihan dua hala pertama antara kededua angkatan bersenjata kita dan kekal menjadi latihan utama bagi SAF...

"Skop latihan juga telah bertambah dari masa ke masa dan kian melibatkan lebih banyak dan bukan sahaja jenis serial yang berbeza tetapi merentasi domain berbeza."

Melahirkan keyakinannya tentang hubungan antara RSN dan TLDM, Laksamana Tan Sri Mohd Reza menambah beliau yakin pengalaman daripada Latihan Malapura ini akan memperkukuh hubungan persahabatan yang sedia wujud dan akan terus diperutuh antara dua pasukan tentera laut ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg