Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura, M’sia komited hurai isu tertunggak

Oct 30, 2023 | 9:02 PM
HUBUNGAN BAIK: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), dan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, memberikan ucapan semasa sidang media di Istana susuli mesyuarat Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 pada Isnin.
HUBUNGAN BAIK: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), dan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, memberikan ucapan semasa sidang media di Istana susuli mesyuarat Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 pada Isnin. - Foto ST

Isu dua hala yang tertunggak antara Malaysia dan Singapura seperti persempadanan kelautan, penambakan di Pedra Branca, harga air dan ruang udara akan terus dibincangkan secara menyeluruh dan membina, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Perbincangan ini akan mengambil kira “konteks yang lebih luas” dua negara, terang Encik Lee di sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana, semasa Rahat Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 pada Isnin.

“Ini semua adalah isu penting dan kami akan mempertimbangkannya secara menyeluruh dan membina, dalam konteks yang lebih luas dalam hubungan keseluruhan kami,” katanya.

“Yang penting, isu-isu ini tidak akan dibenarkan mewarnai dan menjejaskan hubungan keseluruhan kita, atau mengurangkan banyak bidang kerjasama positif antara kita. Saya yakin kedua-dua negara boleh mengusahakan cara yang kukuh dan saling menguntungkan pada masa hadapan bagi semua isu ini,” tambahnya.

Semasa sidang media itu, Datuk Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawatannya atas kejujuran, bantuan dan persahabatan yang diberikan.

“Rakan-rakan sekerja saya pasti berkongsi dengan saya dalam melahirkan rasa terima kasih dan juga penghargaan kerana banyak isu ini dapat diselesaikan secara baik... kerana minat dan kepimpinan serta sokongan anda,” katanya.

Mengenai isu Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR), Datuk Anwar berkata, garis batasan itu secara kasarnya sudah dipersetujui dan kedua-dua pihak tidak sepatutnya mengambil sebarang isu secara berasingan.

Kedua-dua negara tambahnya, harus melihat kepada keseluruhan persediaan dua hala dan kepentingan untuk menyelesaikan isu FIR.

“Bagi saya, ia adalah pencapaian yang luar biasa dari segi hubungan dua hala kedua-dua negara. Isu telah tertunggak, tidak dibincangkan secara serius, tidak cuba diselesaikan. Saya mesti berterima kasih kepada pasukan saya dan pasukan Singapura kerana melihatnya secara menyeluruh,” kata Datuk Anwar.

Mengenai isu semakan harga air, kedua-dua pihak juga mengesahkan komitmen mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Air Sungai Johor 1962 (62WA) dan Malaysia akan terus menghormati komitmen untuk membekalkan air dari Johor ke Singapura, kata perdana menteri ke-10 Malaysia itu.

Kedua-dua pihak juga bersetuju akan menyambung semula perbincangan mengenai harga air mentah dan terawat, tanpa menjejaskan kedudukan masing-masing yang telah lama diisytiharkan mengenai hak untuk mengkaji semula harga di bawah 62WA.

Menjawab soalan tentang isu-isu yang tertunggak, Encik Lee berkata isu-isu ini penting bagi kedua-dua negara.

“Ada yang sudah lama tertunggak. Seperti yang dikatakan Perdana Menteri Anwar, mereka tidak bergerak secepat yang kita mahukan. Kadang-kadang ada sebab mengapa perkara mengambil masa.

“Tetapi saya dan PM (Anwar) ingin bertindak secepat mungkin untuk menangani masalah ini dan menanganinya dari sudut nasional, secara holistik, dengan mengambil kira hubungan dan kerjasama keseluruhan antara kedua-dua negara,” kata Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg