Topic followed successfully
Go to BHkuS'pura-M'sia meterai perjanjian bina rel JB-S'pura
Premium
S'pura-M'sia meterai perjanjian bina rel JB-S'pura
Projek ini, dan beberapa projek bersama lain, lambang hubungan amat baik dua negara
Jan 17, 2018 | 5:30 AM
S'pura-M'sia meterai perjanjian bina rel JB-S'pura

HUBUNGAN DIPERKUKUH: Encik Lee berjabat tangan dengan Datuk Najib selepas menyaksikan pemeteraian Perjanjian Dua Hala Sistem Transit Laju (RTS) Link Johor Bahru-Singapura di Istana semalam. Apabila mula beroperasi pada 2024, RTS Link dijangka mengurangkan kesesakan di koswe dan memberi manfaat ribuan rakyat dari kededua negara. - Foto BH oleh ONG WEE JIN -
HUBUNGAN dua hala antara Singapura dengan Malaysia berada dalam keadaan amat baik dengan projek jangka panjang bersama dalam berbilang bidang bertujuan memberi manfaat kededua rakyatnya, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Bercakap di sidang media bersama di Istana semalam, Encik Lee dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, juga menekankan komitmen kededua negara untuk memelihara hubungan dua hala yang positif dan stabil ini.

