Topik diikuti
Pergi ke BHkuS’pura, M’sia tandatangan MOU bagi galak guna huraian pertikaian alternatif
S’pura, M’sia tandatangan MOU bagi galak guna huraian pertikaian alternatif
S’pura, M’sia tandatangan MOU bagi galak guna huraian pertikaian alternatif
Singapura dan Malaysia mengesahkan semula hubungan rapat dan berkekalan antara kededua negara dengan menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MOU) dalam mempromosikan penggunaan penyelesaian pertikaian alternatif (ADR).
Ia selain bersama-sama menganjurkan dan mengambil bahagian dalam acara masing-masing, serta berkongsi maklumat.
Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Undang-Undang (Minlaw) pada 3 Jun, MOU pertama dimeterai antara Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura (SIAC) dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC).
MOU kedua dimeterai antara AIAC dengan Pusat Pengantara Antarabangsa Singapura (SIMC).
Kededua pemeteraian MOU itu disaksikan Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Edwin Tong, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said, di ibu pejabat Minlaw pada 3 Jun.
Kenyataan itu menambah bahawa kededua mereka membincangkan bidang kepentingan bersama, termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Konvensyen Singapura mengenai Pengantaraan, dan memperkukuh hubungan antara rakyat.
MOU itu ditandatangani menyusuli perbincangan antara kededua Menteri di luar Mesyuarat Menteri Undang-undang Komanwel di Fiji pada Februari, di mana mereka meneroka cara untuk memperdalam kerjasama dua hala dalam perkhidmatan penyelesaian pertikaian.
Encik Tong berkata: “Malaysia ialah jiran terdekat Singapura dan salah satu rakan kongsi kami yang paling penting.
“Kami berbesar hati untuk mengukuhkan kerjasama dalam penyelesaian pertikaian alternatif melalui MOU antara SIAC, SIMC dan AIAC ini.
“Ia mencerminkan hubungan kukuh antara komuniti penyelesaian pertikaian dan undang-undang kami, dan komitmen bersama kami untuk menyediakan perniagaan dan pelabur dengan jalan yang boleh dipercayai, cekap dan berkesan untuk menyelesaikan pertikaian,” katanya.
Beliau menambah bahawa apabila perdagangan dan pelaburan merentas sempadan terus berkembang, kerjasama antara institusi penyelesaian pertikaian menjadi semakin penting.
“Perkongsian ini akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk pertukaran, perkongsian pengetahuan dan inisiatif bersama, sambil mengukuhkan ekosistem penyelesaian pertikaian rantau ini,” ujar Encik Tong.
