SPH Logo mobile
Langgan|

S'pura mula langkah lebih ketat

S'pura mula langkah lebih ketat

Apr 7, 2020 | 5:30 AM

S'pura mula langkah lebih ketat

Jumlah penumpang dalam MRT Utara-Selatan menghala ke kawasan bandar berkurangan sejurus sebelum waktu puncak bermula, pada pag 7 April 2020.
Jumlah penumpang dalam MRT Utara-Selatan menghala ke kawasan bandar berkurangan sejurus sebelum waktu puncak bermula, pada pag 7 April 2020. - AZMI ATHNI

SINGAPURA memulakan langkah jarak selamat lebih ketat mulai hari ini (7 April) dengan kebanyakan tempat kerja dan pusat tumpuan umum ditutup dengan warga dinasihatkan agar duduk di rumah selama sebulan demi mengekang wabak Covid-19.

Namun, perkhidmatan penting seperti pasar raya, pasar basah, pengangkutan awam dan poliklinik merupakan antara khidmat yang kekal dibuka selama negara mempertingkat langkah tersebut.

Ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, bertujuan menjadi 'pemutus litar' bagi mengurangkan risiko penularan besar Covid-19.

Encik Lee dalam posnya di Facebook semalam menggesa rakyat agar mematuhi dengan ketat langkah tersebut.

Menurutnya, orang ramai perlu serius untuk kekal di dalam rumah, dan tidak keluar melainkan jika perlu.

Di bawah langkah baru itu, sekolah dan prasekolah juga akan ditutup esok, dengan pelajar mengalihkan pembelajaran sepenuhnya dari rumah.

Perkhidmatan yang tidak penting seperti tempat tarikan, gim dan studio kesihatan diarah tutup.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg