Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S'pura mula terima vaksin Sinovac tapi belum disah guna HSA

Feb 24, 2021 | 10:46 PM
Foto REUTERS
Foto REUTERS -

SINGAPURA menerima bekalan pertama vaksin Covid-19 buatan China, Sinovac, pada 23 Februari 2021.

Dalam kenyataannya pada Rabu (24 Februari) malam, Kementerian Kesihatan (MOH) bagaimanapun menyatakan, vaksin ini belum lagi mendapat pengesahan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi kegunaan di Singapura.

Sinovac telah mengirimkan data awal sementara HSA pula menanti penyerahan semua maklumat yang diperlukan bagi menjalankan proses penilaian saintifik menyeluruh mengenai proses pengeluaran, keselamatan dan keberkesanan vaksin ini di bawah Laluan Akses Khas Pandemik.

Pada 24 Februari, MOH menambah, Singapura juga telah menerima satu lagi bekalan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech.

MOH akan terus mengawasi bekalan yang diterima secara rapi bagi memenuhi sasaran memberi suntikan vaksin kepada semua warga Singapura dan penduduk jangka panjang menjelang penghujung 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg